Isnin, 11 Julai 2011

Hantu Kat Tv

Cara tidur semasa berkayak :D

Selamat Pagi semua. Semalam dalam pukul 3 pagi aku online depan tv sambil dengar lagu. Tv tu ON dan masa tu rancangan So You Think You Can Dance di channel AXN. Tv saja buka tapi tak tengok pun kerana mata mengadap laptop dan telinga dengar headfone.

Biasanya kalau pakai headfone, lagu mesti kuat dan dah tak dengar ape tv duk sembang. Lepas online dan rasa nak masuk tidur, aku pun stop la lagu yang duk dengar kat headfone ni. Bila aku tekan stop, bunyi ada orang menjerit kat tv depan muka aku ni.

Alamakk gila terkejut aku nampak hantu terpampang besar depan tv. Jarak aku dengan tv masa tu dalam 1 meter je. Perghh aku dah takut gila ni, remote hilang entah ke mana dah.

Aku dah cemas, aku dah takut, jadi aku tak pandang kat tv tu. Aku pandang skrin laptop je. Lepas beberapa saat, hantu tu pun dah takde kat tv. Fuuhhh lega gila rasanya. Terus aku tutup tv dengan cepat dan masuk ke dalam bilik untuk tidur.

p/s : Cendol betol iklan cerita Karak duk tayang pukul 3 pagi.. gggrrr seramm



Comments
7 Comments

7 ulasan:

Izzat Nazmi Saiful Bahri berkata...

"Encik... boleh tolong saya encik"...

haha... suka sgt pulak tu buat iklan cerita hantu pagi2 buta kt TV...

vampire's lovex berkata...

hahahaha memang timing perfek ahhh hntu tu kuar kan...hahah..

tanjat boboi...kah kah

yatie Awang berkata...

hehehe...itulah, dah buka tak nak tengok, tu yg dia kacau...sikit baruu...

kotak bulat berkata...

heheee... klau kb da nyanyi kuat2.. berderau daarah kluu tgk ikln cte antu mlm2

sergeant keroro berkata...

hehe, cuak kot. tapi standard la astro, duk ulang-ulang :P

Miracles Of Life berkata...

hahaha... sabo je la..

Btw, joom join my lucky draw...

tgk cni k http://miraclesoflifeonline.blogspot.com/2011/06/like-like-aka-lucky-draw.html

TQ :)

sobri yaacob berkata...

ha..ha.. tgk lgi tv lwat2 mlm2..nasib baik antu real2 x kluar dri tv 2..

 
Related Posts with Thumbnails