Khamis, 7 Julai 2011

Gangguan Seksual

Jom lawat dan follow senarai blog kumpulan 11 di SINI .

Masa lepas spm sebelum masuk ke Matrikulasi, aku ada kerja di sebuah kedai menjual telefon bimbit dan topup. Pada suatu hari tu ada seorang pakcik dalam umur lewat 40 an datang ke kedai untuk beli topup.

Mula-mula bertentang mata, dia senyum kat aku. Aku pun senyum balik kat dia dan aku tanya nak beli apa. Dia kata nak beli topup celcom rm 10. Nah aku bagi topup rm 10 dan letak atas almari kaca depan aku tu. Kemudian pakcik tu suruh aku masukkan topup kerana dia kata tak pandai.

Ok aku pun gores la kad tu dan bila dah nampak nombor pin 16 digit, aku pun tundukkan pandangan untuk masukkan kod kat Hp dia. Waktu aku duk masukkan nombor pin tu, tiba-tiba pakcik tu main rambut yang terpacak sambil kata cantiknya rambut adik.

Alamak ape kes pakcik ni main rambut aku pulak. Lepas siap masukkan nombor pin semua dan topup dah masuk, dia ajak aku sembang pulak. Dia tanya aku duk mana dan sebelum ni study mana. Aku pun layan je la memandangkan dia ni taraf pakcik.

Lepas sembang punya sembang, dia ajak aku keluar daripada tempat kaunter tu katanya nak tunjukkan sesuatu kat aku. Aku pun keluar daripada tempat kaunter dan menuju ke arah pakcik tu dengan muka aku yang tengah blurr.

Bila aku sampai je depan pakcik tu. Pakcik tu terus peluk aku. Aku jadi kaku, aku jadi blur, aku jadi terkejut gila kambing, aku jadi tak tahu nak buat apa. Lepas seketika aku terus tersentap dan tolak pakcik tu daripada memeluk aku.

Aku cepat-cepat masuk ke ruang kaunter dengan perasaan berdebar. Muka pakcik tu masa tu dah tersengih. Tersengih dapat peluk aku. Cilake punye pakcik. Pakcik tu pun blah terus daripada kedai tu dengan muke sengih.

Bila pakcik tu blah, aku jadi terkejut. Masa tu tangan agak menggeletar sikit. Dalam hati aku sumpah seranah pakcik celaka tu. Itu kali pertama aku kena macam ni oleh pakcik tua.. Damn you pakcik !!!

p/s : Kalau awek tiba-tiba pelok aku takpe la. Best sikit. Muahahahaha
Comments
24 Comments

24 ulasan:

kotak bulat berkata...

hahahahahahahha.... adoi ai.. tu la.. hot sgt.. :P

sergeant keroro berkata...

awek peluk lame-lame pon takpe, haha XD

syarifahsidrus berkata...

sabo je la..pakcik tu!huuhhh..

GaRy™ berkata...

ko pakai seksi sangat kot~.. hahahahaha

Izzat Nazmi Saiful Bahri berkata...

haha... pe masalah pak cik tu... huhu~

syrupmasin berkata...

wuahahahaha..ta betol kot pakcik tuh :D

cucu umie berkata...

gangguan seksual..pakcik tu apa2 jeah..aishhh xboleh blah ah...

Syazwan berkata...

pak cik nyah kot.
hehhee

Syuxer berkata...

pakcik tuh gay kot..isk2 mujur dia tak hardcore...kalau tak,naya ko bro ahhahaha...

Fad berkata...

lor...gay..hahaha..xsuci dah kena peluk..haha

adeque berkata...

heheh!!
membe pown penah kene camtu..
tapi dalam bas.. dah la uncle tu dari pakistan...

emy|farid berkata...

eeeeee seram, apekah pakcik tu. adoi

mrs redzuan berkata...

halamak loya pulak. pakcik, pakcikkk...adeh...

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

kejap .. POK ! oo gatai ada hati nak kena pelok awek .. hahaa

huish , gilos apa ? pe kehe ngan pak cik tuuuu . adesss ..

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

oh btw , blog freaky tak berat le . tak tau sebab bila Tia bukak aje blog freaky , sekali loading aje ..

kiwi berkata...

pergh, freaky ni memang hot habes la sampai pakcik tu pun boley suka ;p

aimie amalina berkata...

aiyak~ songsang,,mentakotkan..huhu @__@

mas saari berkata...

erkkk...gila gatal pakcik tu!
nasib baik tak sempat buat apa2...heheheehehee

kiz berkata...

nasib baik peluk je..kalau tak confirm tak suci lagi..haha

Freaky berkata...

wuahaha.. bahaya betol gay ni

Ahmad Haziq Azlan berkata...

pakcik gay!!!!!!!!!
hahahaha


http://azlanthetypewriter.blogspot.com/2011/07/cina-perabut-bagi-tips-18sx-kat-aku.html

Fee Hafeezah ketuk keyboard berkata...

tak boley bla, wat repot la weyh, mane tahu nnt dia cari kau balik ke..haha.. hamboii, kalau prempuan kau mmg laju je..aku tahu tuh..hahaha XD

Freaky berkata...

hahaha :D

Nieyna Zuleyana berkata...

dahsyat pak cik tuh . hahaha . mengerikan...

 
Related Posts with Thumbnails