Rabu, 20 Julai 2011

Drama Apakah Ini

Aku ada buat segmen. Berminat nak join ? sila klik SINI .

Buka channel ini cerita Indon, channel itu pun cerita indon, channel sana pun indon, channel sini pun indon ??? Haihh biar betol, kat mana mana channel pasti ada cerita indon sampai tension dah nak tengok tv.

Aku pun layan juga cerita indon macam cerita Ketika Cinta Bertasbih, dan baru-baru ni ada nampak KCB dalam bentuk bersiri. Tapi Ketika Cinta Bertasbih bersiri langsung tak best berbanding Movie. Tak tahu mana silapnya =_=

Dah lari topik pula aku ni. Ok tu cerita indon, cerita korea pun sekarang sedang memasuki dan menguasai media di Malaysia. Pada masa akan datang cerita dari negara mana pula akan masuk ke Malaysia ni dan tak lama lagi sangat kurang cerita / drama Melayu.

Bila drama Melayu kurang ditayangkan di televisyen, maka tak lama nanti para artis dan ahli seni tanah air akan membangkitkan isu ini. Tak percaya ? Hal ini pernah terjadi bagi isu muzik dan lagu tempatan, tak lama lagi isu pasal drama pula.
Comments
16 Comments

16 ulasan:

ADEEYA berkata...

Heh semua pun tengok cerita indon sekarang niii -.-'

cucu umie berkata...

mungkin akan dibngkit kan juga but ramai yg mula meminti drama korea and indon..mungkin jalan cerita yg menarikk

lady_azieah berkata...

haha.. betul tu, adik aku x ble lpas da dri tgk crita indon.. huhu.. =='

kiz berkata...

nasib baik citer bangla pun dia tak bawa masuk.

diana berkata...

korea ke..indon ke...
yang penting geng bas sekolah wajib tonton hari2..
tu kat rumah akak la..
bosan sudah!!

Shuk_ArChie berkata...

Mungkin pelakon2 cerita melayu kena mekap2 mcm org korea & indon kot.. baru org malaysia nak minat.. hehehe Tah la media malaysia memang mcm tu... Keuntungan diutamakan biarpun "karya tempatan merintih di bumi sendiri"

Ezad Skytech berkata...

haha...aq pon tak pasti aq duduk kat mana skrg ni...masih kat Malaysia ke?
buka channel ni cerita indon..
channel tu pon cerita indon...pening2..

sergeant keroro berkata...

drama melayu kurang kreatif, tu salah satu sebab nya.

cuba buat macam nur kasih, nora elena.

cuba cari kelainan. mesti akan ade orang yang suka.

ni drama malaysia, cinta terhalang, cinta tiga segi, plot lebih kurang sama.

eh eh, panjang lak aku komen :P

cik najihah berkata...

tau xpe..x bes la kan..
lagi bes cite die yg betul

Acik berkata...

drama indon ngan korea tu pelakon lawa2 ... sb tu org suka tengok.

Luqeem™ berkata...

tengok al-hijrah cukup la..hehe

syrupmasin berkata...

aku sekrang layan AEC doe..haha..tgk cite cine lagi best :D

Syuxer berkata...

aku pun tengah layan citer mandarin..cam bestla plak hahaha..

syarifahsidrus berkata...

semua cerita indon je sekarang. naik muak tengok..tengok axn ajela..huhu

aimie amalina berkata...

tula skrg ni..x korea, indon..x indon korea balik..hohohoho

GaRy™ berkata...

kita tunggu dan lihat~..

 
Related Posts with Thumbnails