Sabtu, 2 Julai 2011

Aku Nampak Hantu

Aku pun sebenarnya tak pasti dan tak sure sangat sebenarnya sama ada itu hantu atau adik bongsu aku. Ceritanya begini, malam tu dalam pukul 2.30 pagi aku masih tak tidur dan mengadap blog. Aku online kat bahagian meja study.

Masa tengah online tu aku pun bangun dari tempat duduk dan menuju ke ruang tv untuk cek sama ada pintu berkunci atau tidak. Kat ruang tv tu, aku nampak adik tengah tidur atas kerusi panjang. Aku biarkan adik tidur diatas kerusi panjang tu dan aku sambung menuju ke dapur untuk minum air masak.

Masa kat dapur, sebelum aku minum air masak, aku dengar kipas bilik adik aku terbuka. Ishh membazir betol adik aku ni. Dah la tidur kat ruang tv tapi kipas bilik terbuka pula. Jadi aku pun masuk ke bilik adik untuk tutup suis kipas dan aku nampak adik aku tengah tidur atas katil.

Ehhh tadi depan mata aku nampak dia tidur kat kerusi panjang. Dalam kurang daripada 30 saat dia dah ada dalam bilik dengan tidur atas katil. Aku jadi pelik, aku jadi gabra, aku jadi pucat, aku jadi nak terkencing tapi aku tahan jugak. Aku pergi ke kerusi panjang tadi dan tengok elok-elok. Adik aku dah tiada di kerusi panjang tu.

Aku hampiri kerusi panjang tu dan cuba rasa kehangatan di kusyen. Biasanya kalau orang duduk atas kerusi, akan rasa hangat tapi ni rasa sejuk semacam je kusyen tu seolah-olah takde orang duduk sejak 10 minit yang lepas.. ngeeeeeee seraammm.. tu ape sebenarnya ?

p/s : Pagi tu aku tak tanya kat adik.. aku takot =_=

Comments
19 Comments

19 ulasan:

syaimz berkata...

hantu tu nak berkenalan dengan ko kot? HAHA

alif haris berkata...

bro tu namanya hantu pelanduk dua serupa .. :D haha

anamizu berkata...

konfem!!!! eeeeeeeeee serammm ~

Fatin Najwa berkata...

tanya je ler. At least dapt kepastian :O

Khairil berkata...

adik bro terus bangun kot ubah tempat tidur masa bro pi masuk dapur...dia ada bagitau kat aku semalam..haha

Bella Bell berkata...

haaaaa.. hantu! hahahahaha!!~

sue perbs.. berkata...

jeng jeng jeng... hantu raye

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

tanyalah , tanyalahhhhhh . lepas tu buat satu lagi enntri . adik keeeee . deghah lah weh .. hehe

Freaky berkata...

hahah bakpo la tia kecek kelate pulop

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

hahaa . Tia tak tau beza guano ayat kelate . guano ayat ganu . Tia main oyak jah! hahaaa . rindu gilos nak dengo orang ganu ngan kelate kechek ! heheh !

weh , jangan lupo gi tanya adik mung deh . bhahahaa :P

z a z a berkata...

weii! pi la tanye adik kamu!!? nak tau ni!!!!!!!!! cepat leeeeeeeee.

- maaf, saye plk terlebih excited. hehe

Mr feckry berkata...

ko lupekan je

yatie Awang berkata...

eeee....berdiri bulu roma kakak...

Jasman berkata...

Mungkin hantu tu rehat seketika...maklum la jauh perjalanan...haha

Syuxer berkata...

mungkin ilusi tuh bro..aku rasa mata ko tersalah set itu bayangan adik ko..maklumalah terlalu lama menghadap laptop,kadang2 mata kita jadi mental sikit..

err tapi kalau itu betul hantula kan, bro kena check siling kalau dia takde kat kerusi panjang tuh lain kali..kot2 dia melekat kat siling ke heheh..

azwa amani berkata...

huhuhuhuhu...selalu juga dengar cter macma ni

sergeant keroro berkata...

haha, sengal jek. adik ko pergi masuk bilik kot. XD

zarulfarhana berkata...

hahhaha...cpat la tnya...nk taw pa jawapn dia...cpat la....

NuSaNa NoSa 91 berkata...

tu adik freaky tu.. tanya la dia.. cepat, cepat.. huhu~ T_T

 
Related Posts with Thumbnails