Khamis, 30 Jun 2011

Sila Buang Chatbox !!

Chatbox atau Shoutmix semua blogger pasti tahu ape benda tu kan ? Jadi tak perlu aku nak hurai panjang pasal maksud Chatbox dan juga Shoutmix tu. Kalau tak tahu juga boleh tanya kepada Saudara Google kerana dia banyak juga tahu hal-hal macam ni.

Alhamdulillah sekarang hampir 98% blog yang aku lawat ada letakkan Chatbox / Shoutmix di blog mereka dan ini memudahkan proses balas jejak dilaksanakan. Tapi ada juga beberapa blog yang tak letak sebarang Chatbox / Shoutmix di blog mereka dengan berbagai alasan yang remeh temeh.

http://www.laymark.com/i/o/44.gif

Antaranya tak sempat nak balas semua kunjungan, ada orang serang ikut Chatbox, mereka balas jejak tak ikhlas dan banyak lagi alasan. Alasan yang paling femes mesti la tak sempat nak balas kunjungan kerana banyak sangat yang datang. Yer memang betol 100% dan tiada yang salah disitu.

Walaupun kita tak sempat nak balas jejak semua, jangan la kita ambil langkah mudah dengan buang aplikasi Chatbox / Shoutmix tu. Cara kita tu dah boleh menyebabkan pengunjung lari daripada lawat blog kita pada masa hadapan. Tak kisah la kalau tak sempat balas jejak tapi kasi la peluang orang lain blogwalking menggunakan Chatbox / Shoutmix yang ada di blog kita.
Comments
3 Comments

3 ulasan:

sergeant keroro berkata...

betul tu, hehe XD

p/s : dah ok da :P

ashafanie berkata...

dgn chat box ni la sy lawat blgger laen..sbb nak lwat smua tak smpt, so bals kunjungan dari blog je..

Dhia BellamiZam berkata...

stuju dgn ashafanie :)

 
Related Posts with Thumbnails