Isnin, 6 Jun 2011

Sentuhan Pengarah Muda Syamsul Yusof

Eh senarai blog 34 hingga 41 dah dikeluarkan tadi. Kalau anda rasa sangat rajin untuk blogwalking dan following blog yang best, apa kata anda terjah ke senarai blog tersebut dengan klik kat SINI . Rugi kalau anda tak memberi kunjungan untuk melihat senarai blog yang dah ada sekarang ni.

Pasti ramai yang kenal gambar siapa diatas ni kan ? Yer itulah dia Syamsul Yusof iaitu seorang pengarah muda yang dinobat sebagai Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-23 melalui filem Evolusi KL Drift 2. Aku memang sangat sangat minat dengan dia ni kerana filem yang dia buat penuh dengan aksi yang Boom dan mempunyai unsur suspen yang best.

Filem terbaru daripada dia adalah KL Gangster yang akan ditayangkan pada 9 Jun ini. Trailer filem ni mesti anda sudah tengok kan dan sudah ditayangkan di kaca tv. Walaupun ada beberapa pihak yang mengatakan filem ini terlalu banyak menonjolkan elemen keganasan tapi bagi aku itu semua takde la terlalu ganas sangat untuk tontonan umum.
http://www.laymark.com/i/o/09.gif

Orang kata dia ni poyo kerana setiap filem yang dia buat, maka dia la yang jadi hero. Tapi itu semua perkara remeh je kerana tu kan filem yang dia buat jadi suka hati dia la nak suruh sapa jadi hero atau watak utama. Layan je laaa :D

p/s : Paling kurang pun Syamsul Yusof hanya buat filem yang penuh dengan Aksi yang padat dan tidak ada unsur lucah , unsur jantina songsang dimana lelaki jadi perempuan dan perempuan jadi lelaki yang sangat meloyakan tekak itu. Dia buat cerita aksi, dan aku memang peminat cerita yang punya aksi pack
Comments
8 Comments

8 ulasan:

Dea berkata...

penah tgk evolusi kldrift tuh.. best... khurafat pon best gak..:)

♥CIK IERA♥ berkata...

kalo dpt pkwe mcm shamsul yusof pon bes gak...muahahahaa

shopping2u berkata...

cite dia mmg best

sergeant keroro berkata...

hahaha. dia kreatif :D

pergh!!

arini pageview ko dah berapa??

tabik spring lah bro.

Wyna Nubies berkata...

As Salam,

cerita arahan dia mmg best,,tp satu jer sperti yg awk ckp..dia jerrr yg jd hero..haha~

JR Online berkata...

Kalau JR jadi pengarah filem JR akan buat filem mengenai samseng yang baik hati, samseng yg ala-Robin Hood, samseng yg membongkar skandal polis!! Cuma di Malaysia ni cerita macam tu mungkin tak lulus tayang, sebab cerita kita semua polis mesti kena tunjuk baik, tak seperti cerita orang putih, Hongkong dan Hindustan yg kadang2 menggambarkan sebaliknya...

Emilia Emira berkata...

dia nie menurun bakat ayah dia laa...semua filem yang dia buat memang kira tahap puas hati laa tengok..;)

Siti Nadzirah Zakariah berkata...

cerita kl drift 1 & 2, + bohsia dah tgk. khurafat je blum. takut.

 
Related Posts with Thumbnails