Selasa, 7 Jun 2011

Selamat Pagi :D

Hari ni senarai blog baru yang ke 59 hingga 68 akan dikeluarkan pada pukul 11 pagi. Tapi tu cerita pukul 11 pagi, buat masa ni apa kata anda ceriakan pagi anda dengan memberi lawatan ke blog yang disenaraikan malam semalam. Klik SINI .

http://www.laymark.com/i/o/66.gif

Haa gambar icon comel kat atas sedang tidur nyenyak tapi aku tak tidur pun, hanya duk balut dengan selimut je sekarang ni. Pada waktu pagi ni aku hanya nak cakap pasal entri yang pernah aku buat sebelum ini yang bertajuk Azam Blog Aku. Dalam entri tu aku ada cakap yang azam untuk blog ini adalah untuk capai 100 follower setiap minggu.

Azam aku tercapai untuk minggu pertama ni terutama sekali dengan bantuan segmen hari tu yang berjaya dapat 100 follower dalam masa 24 jam selepas segmen diumumkan. Tapi bukan itu yang aku nak gembira kerana benda yang buatkan aku gembira adalah senarai 125 blog yang sertai segmen akan meningkat follower dan trafik ke blog mereka setelah aku promot kat senarai blog tu.

Target aku tinggi sangat sebenarnya iaitu mengharapkan 125 blog ni menerima 100 follower dalam masa seminggu. Bunyi macam mustahil je kan, dengan join segmen, dapat 100 follower. Sebenarnya memang hampir mustahil kerana trafik blog aku sangat ciput macam .... macam ape ye ? ahh lantak la.

Jadi kelemahan yang nyata kat sini adalah trafik blog aku tak cukup power. Dalam masa sebulan, bulan Jun ni aku akan cuba up trafik sebanyak yang mungkin supaya segmen Seminggu 100 Follower yang akan datang bulan Julai menerima faedah yang lebih banyak kepada blog yang join segmen.

p/s : Aku mungkin cakap banyak pasal trafik dan follower tapi bagi aku itu la yang memberi dorongan, kepuasan, semangat, doa dan harapan dalam dunia blog aku yang serba kosong ni.

Comments
8 Comments

8 ulasan:

JR Online berkata...

Kejar trafik tak per, jgn sampai dikejar polis trafik!!

ieyza afieyna berkata...

selamat pagi..
hee

kiwi berkata...

followers kiwi dah bertambah lebih daripada 50, traffic pun dah naik gila2 :))

syaz@rozelt berkata...

pagie! terase rugi plak x join segmen hari tu..hehe..juz kidding~

dwaty berkata...

wah tahniah... anda berblog alam masa yang sama membantu mereke yang lain...

syaimz berkata...

tahniah freaky! better kan dapat follower yang setia (:

kotak bulat berkata...

blog gosip tak best.. sb KB xfollow pun blog gosip.. bosan..blog ni best.. :)

sergeant keroro berkata...

trafik ko ok kan?? 300++ setiap hari kan??

siap lebih 500++ kadang2 kan???

lain lah aku ni,huhu

 
Related Posts with Thumbnails