Jumaat, 10 Jun 2011

Petang Yang Kelakar

Kalau anda mempunyai kereta idaman tapi tak mampu nak beli kerana terlalu mahal gila kambeng, apa kata share mengenai kereta idaman di segmen kat SINI .

http://www.laymark.com/i/o/43.gif

Khutbah jumaat kali ni sangat menarik dan aku perhatikan ramai orang tak boleh duduk diam di dalam masjid tadi. Ada yang nampak gelisah dan ada yang nampak fokus pada bacaan khutbah tapi jumlah yang tidur tidak ramai berbanding minggu yang sebelum ni. Tajuk khutbah jumaat kali ni mengenai Hukum Merokok. Haa tu diaa, patot la ramai duk gelisah dan duduk tak aman dalam masjid tadi.

Macam biasa dalam khutbah ada disebutkan bahaya merokok dan majlis fatwa mengatakan bahawa merokok itu haram kerana ia memberi kemudararan bukan saja kepada individu yang merokok malah kepada orang yang berada di sekitarnya apabila menghidu asap rokok.

Bila sampai part ni, aku tengok ramai angkat kepala dan tengok kat imam yang baca khutbah tu. Ha Ha memang fokus habis la 100% masa dalam masjid tadi. Tak pernah aku tengok situasi macam tu. Biasanya waktu khutbah dibaca, ramai yang tido dan jatuhkan kepala. Kali ni semua segar dan angkat kepala.

Lepas habis sembahyang jumaat, aku tunggu ayah kat kereta. Masa sampai kat kereta, kat sebelah tu kereta tok bilal yang tengah isap rokok.

Ayah : Haih khutbah tadi duk cakap pasal rokok pon masih boleh isap ?

Tok Bilal : Yang baca khutbah tu tak isap rokok tapi dah banyak kali masuk hospital akibat masalah jantung. Saya yang hisap rokok ni masih tak masuk hospital lagi.

Aku dan ayah duk gelak je dengar tok bilal cakap macam tu.

Tok Bilal : Daripada tak isap masuk hospital, baik hisap tapi masih segar bugar.

p/s : Adoiyaii.. nasib baik aku tak merokok...
Comments
16 Comments

16 ulasan:

misscha berkata...

misscha x kesah kalo smokers nk isapp rokok...tp jgn la bg org len terhidu asap skali...

ps: x ske org isap rokok..

GaRy™ berkata...

errr... aq hisap gak...tapi kena tempat la... ok je setakat ni..nak tunggu sakit baru nak stop kot...hehehe...

diana berkata...

tu la kata2 perokok tegar..
depa banyak alasan..

i'm ezza haniza berkata...

amboiii..mereka masih tak insaf2 lagii

uiks...mari bergeli gelii

http://takkeciksgtpown.blogspot.com/2011/06/geli-geli-je-aku-baca.html

sergeant keroro berkata...

woit!! apsal same tajuk khutbah? haha XD

aku tak merokok gak, ada alahan.

lagipon bazir duit jek.

tok bilal tu same cam member aku,hihi.

pasni aku wat entri ye XD

nawal addina berkata...

haha , kau tak smoking eh ? i loikee .. hahahahha ^^

Kak Rosaliza berkata...

Asalam freaky..kisah benar ke ni...memang merokok tak baik utk kesihatan...mana2 boleh elak, baik tak yah merokok kan..

Kei Seichi berkata...

aku memang anti smoker ni..rase nak snipe je kepala sorang2..haha..
wey, tak nampak pon muke ko kat blog baru aku?hehe....

diana amin berkata...

pulak dah...haha bilal tu pon xleh amek ikhtibar..haha

Sally Yatiey berkata...

Tak suke smokersssss ;D hee

Sally Yatiey berkata...

Tak suke smokersssss ;D hee

pha is berkata...

ustaz kat skolah aku dulu sempoi gak.. dia isap rokok, bila kami tnya dia kata x pa, sebab dia ada hujjah dia sendiri. bila kami tnya hujjah tu, dia tak mau bagitau, dia kata takot nanti kami salah guna hujjah beliau tu.. hehehehe

jom ushar : kebatinan dalam persilatan

syaimz berkata...

alahai...hipokrit sangat...mereka dah lah public figure bagi kami,silap caranya...haih...

Papa Mifz berkata...

x boleh blah la statement tok bilal....hehe

cucu umie berkata...

haha..memang lawak pak bilal tu..aduyai, boleh plak ckp mcm tu ea??

Sal Saari berkata...

kalau dah perokok tegar tu bukan kira sape..

Tahniah!! sebab awk tak merokok

 
Related Posts with Thumbnails