Ahad, 19 Jun 2011

Pendek Akal

Pernah tengok tak video orang kemalangan jalan raya lepas tu ada yang sampai putus kaki dan tangan. Ok aku bukan nak cakap pasal aksi ngeri kemalangan. Aku cuma pelik dengan sikap beberapa orang apabila berlakunya kemalangan, sibuk duk rakam video. Mangsa kemalangan siap minta tolong lagi tapi kita duk sibuk pegang video camera dan rakam rayuan mangsa kemalangan.

Orang lain sibuk telefon ambulan, polis dan bomba untuk selamatkan mangsa kemalangan tapi sesetengah orang yang akal pendek ni sibuk dengan video yang dirakam. Bila kita tanya kenapa rakam benda ni sedangkan mangsa sedang minta tolong dan dalam kesakitan. Jawapan mereka mudah je :

" Dah kami tak mampu nak tolong , jadi rakam la situasi di tempat kemalangan "
http://www.laymark.com/i/o/28.gif

Mudah betol jawapan mereka beri. Kalau la suatu hari ditakdirkan kita kemalangan jalan raya yang mengakibatkan anggota badan kita putus atau hancur, lepas tu kita duk minta tolong kat orang ramai. Tapi malangnya yang datang bukan bantuan tetapi manusia yang merakam video kemalangan. Baru la kita tahu bagaimana rasanya dirakam oleh video apabila terlibat dengan kemalangan.

p/s : Wartawan pun tak rakam keadaan mayat akibat kemalangan. Mereka rakam mayat dah tutup dengan plastik hitam je.. Ni manusia lain pula yang sibuk duk rakam. Kalau rakam ahli keluarga sendiri yang putus tangan dan kaki takpe la juga. Ha ha ha
Comments
22 Comments

22 ulasan:

nurAMALLINA berkata...

Diorang ni mementingkan diri aje. Teruk betul la.

yatie Awang berkata...

itu memang sikap yg tak elok...semoga kita tidak bersikap begitu...

Syuxer berkata...

itu memang haramjadah punye orang..

tpi kalau aku, pun mampu just cakap bertahan dan call ambulan..kalau aku tolong cam nak alihkan dia,memang aku tak berani takut tercabut daging or tulang dia huhu..

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

entah apa entah sibuk nak rakam . buat apa ??

zarulfarhana berkata...

biasala manusia..

sergeant keroro berkata...

orang ni jakun, tak pernah tengok kemalangan. haha

XD

Kei Seichi berkata...

haha..betul tu sergeant..bukan slalu ade kemalangan ke org kaki putus ke kan..
letak kat blog plak pastu mesti ramai org tengok..haha..
tapi macam ko cakap la..pendek akal diorg tu...

cucu umie berkata...

no komen.. but xernah bt lagi ah rakam2 nie..hoho rakam2 aksi member bt kerja mniru adlh..haha

GaRy™ berkata...

kalau aq yang kemalangan masa tu, mesti aq semangat nak berdiri & hempuk kepala mereka sorang demi sorang.. hahaha...
bikin sengal~

k a k L a m p berkata...

memenag nak kene pang la klu dok rakam.. eii terok kejammmm

blackroses berkata...

tak elok sebenarnya..mengaibkan jenazah..akak pernah juga kena tegur dengan ahli agama..masa tu shre gambar baby yang kena baling dari rumah flat tu..niat untuk keinsafan..rupanya kita telah mengaibkan jenazah..subhanallah..sungguh tak terniat

Azie Azman berkata...

betul betul..cuba la faham perasaan mereka kan?
sampai je hati pergi rakam..bukan nak membantu..
ish3..

Bella Bell berkata...

betul tu.. kesian kat mangsa kemalangan yang meminta pertolongan tapi alik2 video dia yang sedang kesakitan tu yang di rakam..

EYFAalias berkata...

Hmm. biasalah tu. Orang lain sebuk menolong dia sebok meyebok duk rakam sana sini. kesian kat mangsa kemalangan tu.

kiz berkata...

kemalangan..ambil gambar..?? oh tidak..Darah..terus lari..

NORFARAHIN ABDULLAH SANI berkata...

JOM JOIN MY 1ST GA DPT HDYAH DR INDIA
http://vogue-kiwi.blogspot.com/2011/06/do-me-favour-plzzz.html
TLG PROMOTE EA..TNX

org muo berkata...

betul la mmg x patut buat mcm tu...org sdg dlm kesulitan...ada plk yg ambil kesempatan..

GaRy™ berkata...

bro, macam ni ok?

http://i1196.photobucket.com/albums/aa419/bleeddrummerz/Image0847.jpg

aq belum print... cuma mau tanya ko.... stail lukisan tu... ko mau yang macam tu ka?.. kalau x, aq lukis lain...

syrupmasin berkata...

ta bole doe tgk accident..aku rase ta sedap badan..

Fee Hafeezah ketuk keyboard berkata...

ketuk sekor-sekor, org dlm kesusahan kot, sedap kemain lagi rakam bagai.. try wat camtuh masa dorang xcident plk..hahaha..(emo semacam) :D

sue perbs.. berkata...

memang tak patut.. rakam je tak membantu pon

kiwi berkata...

kalau setakat ambik gambar oke lagi kot, ni ada yang ambik kesempatan, curi barang2 berharga daripada mangsa. bukannye nak tolong, menyusahkan lagi ada

 
Related Posts with Thumbnails