Sabtu, 25 Jun 2011

Nah Ambik Kau

Semalam masa on the way ke Kuantan, ada singgah di Bandar Muktafi Billah untuk menunaikan solat jumaat. Lepas solat jumaat, ada 1 kumpulan ekspedisi Boat on The Road yang sedang masuk ke perhentian R&R di Muktafi Billah tu. Ekspedisi tu memang ramai la dan banyak sangat 4wd yang sedang masuk kat R&R.

Aku dan ayah yang baru habis solat jumaat ingin masuk ke kawasan R&R tu tapi dipenuhi dengan kenderaan 4wd ekspedisi tu. Ok aku dan ayah tunggu sekejap memandangkan ada polis yang mengawal jalan masuk ke R&R tu. Jap lagi mungkin kami boleh masuk dalam R&R tu.

Tungu punya tunggu, polis yang jaga tu pun blah dan menyebabkan aku dan ayah tersangkut tak dapat masuk ke dalam R&R tu. Aku yang tengah panas terus buka tingkap dan cakap kat polis tu : " Bang, jaga la jalan. Camana kami nak masuk dalam ni "

Polis tu pun terpinga-pinga terus pergi kat jalan tu semula dan menghentikan pergerakan ekspedisi tu seketika supaya kenderaan ayah aku boleh masuk dalam R&R. Nasib baik boleh masuk dan parking dalam kawasan tu. hu hu hu

Bole juga CRV hitam ayah aku masuk parking.. :D

p/s : Ayah aku dah takot masa aku buka tingkap dan sound polis tu. :D
Comments
8 Comments

8 ulasan:

fatin syahirah :) berkata...

haha. otai gila. aku paling berani pun sound dari dalam kete tanpa turunkan cermin je. haha

efa nur berkata...

uuitt..siap sound lagi tuu...hebat..!! hehehe :D

Jom Terjah Sini :)

sergeant keroro berkata...

pergh!! berani giler XD

berani kerana benar kan? keh2

nawal addina berkata...

hoho , beraninya !!

harrazdani berkata...

mana polis tak takut...ingat anak dato' sound dia...crv hitam tu....gegar la dia...kalau pki kancil jer..confirm dia belah jer.hahah

p/s terima kasih atas ucapan freaky di entry harrazdani.

Syuxer berkata...

wau berani gila bro..:)..aku respek sama bro..

sound je..coz ko x wat salah pun..lagipun ko wat perkara betul..kahkahkah..kecut perut gak polis heheh..mesti abah ko respek dngan ko n bangga ada ank berani bersuara heheh

Kei Seichi berkata...

haha..polis tu tengah blur..kan da kena sound..

anismelon berkata...

wawa..berani sungguh freaky nie..xpasal pasal polis toh kene sound..ngeee..

**freaky pny ade ye..kat blog list sekali dgn yg pemes2..dah lame anis letak..sbb pengkomen tegar jugak...

 
Related Posts with Thumbnails