Rabu, 1 Jun 2011

Mengenai Bibir Wanita

Aku pun tak tahu kenapa buat entri macam ni. Saja mahu berkongsi dengan pembaca semua mengenai rahsia dan ciri-cri yang terdapat pada seorang wanita. Kali ni cakap pasal bibir pulak ye. Ape ? asyik pasal perempuan je ? hehe tape la asyik cakap pasal perempuan pun. Jangan buang masa lagi, jom baca kat bawah ni :

http://www.laymark.com/i/o/100.gif

1. Bibir Tebal
Wanita berbibir tebal biasanya mempunayi nafsu yang kuat. Mereka juga sukakan kemesraan dan kehangatan. Mereka bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagi kaum lelaki, kena tegas dengan perempuan bibir tebal, jika tidak tegas nanti akan jadi queen control.

2. Bibir Tipis
Wanita yang memiliki bibir tipis kebiasaannya banyak mulut dan suka membicarakan perkara yang tidak logik.Wanita seperti ini pandai merayu dan tahu juga berpura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya.

3.
Bibir Kemerahan
Wanita yang mempunyai bibir kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan mesra dalam pergaulan. Wanita seperti ini juga boleh memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.

4. Bibir Terbuka
Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Seorang optimis dan bermatlamat. Mereka juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik.

5. Bibir Munggil
Wanita yang punya bibir macam ni selalu mempamerkan gaya kanak-kanak dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun mereka juga suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.

6. Bibir Pucat
Maksud bibir pucat adalah cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu ingkar pada arahan dan cuai terhadap tanggungjawabserta kewajipannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.

p/s : Kenapa aku buat entri macam ni ??? huhuhu
Comments
14 Comments

14 ulasan:

Edina Kasyah berkata...

dina nombor tiga.perrr..hahaa.

okeiii..org yang pertama komen jugak! fair lady ^^

sergeant keroro berkata...

hahaha. sengal lah ko ni.

emeera asnary berkata...

bibir tipis same dgn bibir nipis x? haha ;p

dreamygirl berkata...

macam xleh caya je???hu2..-p

nawal addina berkata...

err , nawal no 3 n 5 . haha

btol jgk tu -.-

btw , nice ! ;)

Firdnurjue berkata...

sebab ngah angau berchenta...keh3

diana berkata...

mustahil tak de..

perkataan .sidebar .widget{
perhati betul2 titik selepas sidebar ada jarak tau.bukan dirapatkan..
cer cari mesti ada...

farah wahedda berkata...

farah rase farah bibir munggil kot hehhehehe

diana berkata...

lagi satu kod warna tu tukar ya..
warna yang sesuai dengan blog kamu codenya mungkin #150517
kalau tak sama boleh pilih kat link code warna yang akak bagi kat entry tu tau..

daddyzkool berkata...

macam boleh di percayai kebenaranya....tapi ...hehe rahsia.

nurul nadia nasir berkata...

err tak sure pulak saya kategori bibr yg mane..haha sebab bibir nipis dan merah!agagaga

cucu umie berkata...

yes, aku nk bibir yg warna kemerahan.huhu

Syuxer berkata...

ada kebetulan gak tuh heheh..saya suka bibir yang warna kemerahan..

no_answer berkata...

bibir aku munggil ..

hahaha :D

 
Related Posts with Thumbnails