Sabtu, 18 Jun 2011

Memori yang tidak dapat dilupakan sewaktu kecil

Kali ni aku nak join contest Dr. Siti Hamidah mengenai memori yang tidak dapat dilupakan sewaktu kecil. Hadiah yang ditawarkan juga cukup lumayan, jadi apa kata join ramai2 dan kongsi pengalaman semua.

Nak join klik SINI .

Cakap pasal memori yang tidak dapat dilupakan ni sebenarnya sangat banyak tapi yang masih segar dalam ingatan aku adalah mengenai kaki aku masuk dalam rim basikal dan terus tersepit. Ok ceritanya begini, pada waktu petang aku bersama jiran bermain basikal bersama-sama dan aku sebagai penunggang berada di belakang.

Biasanya kalau main basikal mesti nak laju. Tak main dah slow macam kura2. Jiran aku yang kayuh pedal basikal tu memang laju dan aku yang ada kat belakang ni dah takot gila. Masa basikal tengah bergerak laju, entah macam mana jiran aku cuba mengelak sesuatu menyebabkan basikal terus jadi tak stabil dan bergoyang.

Masa basikal tengah goyang, kaki aku pun turut la goyang sekali dan Praapp !!! Kaki aku dah masuk dalam rim basikal dan tayar belakang terus berhenti berputar. Bila aku sedar dan perasan je, aku dah ada kat atas jalan raya sambil baring terlentang. Kaki masa tu rasa sakit gile dan bila tengok je, terus terkejut sebab dah masuk kat celah lidi rim basikal tu.

Sakit ditambah dengan takut maka aku pun terus menangis dengan kuat. Ayah aku yang dengar aku menangis datang cepat untuk tengok apa yang berlaku. Bila ayah datang, ayah putar tayar basikal tu slow supaya kaki aku yang tersepit tadi jadi longgar dan boleh keluarkan. Lepas dah boleh keluarkan, terus pergi basuh luka dan sapu ubat. Kejadian tu buatkan aku sebulan tak naik basikal akibat trauma..
Comments
13 Comments

13 ulasan:

GaRy™ berkata...

alamak... seramnyer.... kalau aq trauma setahun wo...

Far8 budak baik berkata...

hahahaha..lain
kali kayuh basikal
yg roda tiga tu,..
mesti stabil nye...
lurus je..hahahaha

sergeant keroro berkata...

dashyat tol. sekarang camne??

kereta la pulak kan?? XD

cucu umie berkata...

masuk dlm rim basikal tu kalo mase2 budak2 biaselah bro..haha ayie pon pernah tpy xteruk lol sebb nak masuk jer..kuikui kelakar kalo ingt kecik2..

diana berkata...

masa tu umur kamu berapa??
siap trauma2 gitu..
hehehe

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

seram gilossss !! aduhhhh . sakit tuuuuuuuuu . ada bekas atau parut tak ?

syaimz berkata...

naseb tak hilang kaki

*ade kaki lagi tak ke ni?*

Sal Saari berkata...

menarik jugak contest ni..
normal tak kaki tu skrg??

Syuxer berkata...

perghhh gerun dowh..:(

mujur bukan motor..hukhukhuk..

kaki sekarang ada baik?

syarifahsidrus berkata...

huuu,sakit kot tu. nasib tak trauma terus eh? :)

Fee Hafeezah ketuk keyboard berkata...

wah! menakutkan, naseb tak kudung kaki..hahaha :P

wadud@duad berkata...

hahahaha
aku nak join gak bro..

Dr. Siti Hamidah berkata...

thanks sbb sudi join contest ni..=) good luck!

 
Related Posts with Thumbnails