Khamis, 9 Jun 2011

Masalah Arak

Senarai blog yang baru untuk malam ni dah keluar tadi. Apa kata lawat dan follow mereka. Esok dah senarai yang terakhir. Klik SINI .

http://www.laymark.com/i/o/16.gif

Macam biasa pada setiap hari aku akan baca paper online. Kalau tak baca Metro, aku akan skodeng pada kosmo, kalau kosmo tak best jugak maka takde yang aku rasa nak baca. Tadi masa skodeng kosmo online, ada petikan yang agak menarik dan boleh dikategorikan sebagai masalah yang sangat parah. Jom baca ape yang parah di bawah :


"Dari kajian yang dibuat oleh JKM ( Jabatan Kebajikan Masyarakat ) , 15 peratus daripada 300 orang bergelandangan yang ditemuramah mengaku pernah minum arak, manakala bagi remaja bermasalah yang dibawah perlindungan JKM, 40 peratus mengaku pernah minum arak,”

Kalau tengok kat statistik 15 daripada 300 tu bersamaan dengan 5% yang sudah merasa atau pernah minum arak. Dasyat ? Tak cukup dasyat lagi, tu 40% remaja yang bermasalah mengaku pernah minum arak.. Dasyat dah ? Belom lagi kerana tu hanya jumlah yang kita nampak. Yang tak nampak tu mungkin lagi besar peratusan.

Teruk ? Dasyat ? Nak buat macam mana, dah perintah melarang jualan arak kepada orang islam tak ada. Kalau ada pun sama je macam kes rokok. Dilarang jual kepada kanak2 bawah umur 18 tahun tapi yang sedap duk sedut asap rokok berkepul-kepul tu adalah budak2 yang umurnya 12 tahun.

p/s : Nape jadi macam tu ? Jangan tanya aku sebab aku pun tak tahu..
Comments
8 Comments

8 ulasan:

cucu umie berkata...

tapi masih ad lagi yang jual arak lh kepada remaja nak bt mcm maner..ldng2 ph berkuasa pon tidak melkukan secre penyeluruh..hermmm

syaimz berkata...

ape boleh buat,arak pun macam dah jadi sumber kewangan negara kite gak....patutnya kilang arak ni dilarang didirikan di malaysia. so distribution arak susah nak dapat,if nak masuk malaysia pun arak2 ni,tax memang kenakan tinggi.undang2? saman biar tinggi punya.masuk juvana bagi yang muda2,yang dah dewasa sangat tu,saman.settle

*aku lemah politik*

sergeant keroro berkata...

pihak berkuasa pon tak tegas dalam menjalankan tugas.

pihak penjual pon mementingkan keuntungan, bersifat tak telus.

dunia akhir zaman

Cik Teddy berkata...

undang2 x tegas la tu..
satu lg,sshhhhh..nk ckp ni..eh x,org yg ckp cik tlong smpaikan jer..pmimpin ngara kite pon minum arak pe..sbb tu la susah nk sekat..
wallahualam..

kotak bulat berkata...

em..jgn terkejut kalau nk tau, hampir separuh pelajar ipt penah minum arak termasuk pelajar islam..

Srikandi Cinta berkata...

Apa nak jadi dunia sekarang ni kan.. ish3, rosak aqidah.

JR Online berkata...

Arak dan judi dibenarkan, kerana Malaysia bukan negara Islam...

tikin berkata...

tepuk dada tanya iman ..ni jer dpt aku ckp..heeehe

 
Related Posts with Thumbnails