Selasa, 14 Jun 2011

Malaysia Dihentam

Selamat Tengah Hari. Ni baru bangun daripada tidur selepas terlelap duk baca buku cerita The Demon King. Baru baca sehelai dua terus tertidur masa pukul 10 tadi. hu hu hu
Anda semua tahu yang SKMM sedang sekat beberapa laman web yang menjadi tumpuan utama pengguna internet di Malaysia untuk memuat turun cerita-cerita yang paling latest. Salah satu yang di sekat adalah The Pirate Bay. Dan beberapa hari yang lepas The Pirate Bay menyuarakan perasaan tidak senang terhadap tindakan yang dilakukan oleh SKMM tu :

"Kami sedih apabila Malaysia melampaui hak asasi manusia sekali lagi," kata wakil laman itu, Winston Bay kepada Malaysiakini.

"Orang ramai sudah tentu mampu menggunakan The Pirate Bay walau apa pun caranya, seperti di negara lain yang tidak menyekatnya, trafik akhirnya tetap meningkat. Ia menunjukkan bahawa tidak ada tolak ansur dengan kerajaan yang korup dan internet mampu mengelakkan ketololan itu," kata Bay.

Macam mana, best kan ? Itu baru wakil daripada The Pirate Bay. Kalau lagi 9 wakil laman web antaranya MegaUpload, FileServe, DepositFiles dan bla bla bersuara macam The Pirate Bay. Memang malu wess Malaysia. Aku remaja yang pandang tinggi internet akan rasa malu sangat kalau masuk forum mat saleh lepas tu diorang Booo sebab Malaysia sekat laman web download tu.

Kalau tak percaya try la daftar nama anda dan masuk kat forum budak Amerika. Akan ada terus yang tanya kenapa negara kita Sekat sesuatu kebebasan yang ada di internet. Nak jawab apa ? Tersengih la jawabnya. Ha Ha

Comments
12 Comments

12 ulasan:

GaRy™ berkata...

hahaha...pasti ada sebab mereka sendiri.. kita bukan di dalam bidang diorang... kita x taw polisi diorang... setiap yang berlaku mesti ada sebab ye x?.. x kan skmm saja nak sekat2?..

syaimz berkata...

hok ye.

Syuxer berkata...

arghhh..sampai aku nak download citer tv series pun dah jadi lembab dan maybe dah disekat..perghh nak suh aku beli original..gila ke?aku mana ada duit weh..x hairanla ada orang nak hack page2 malaysia kepunyaan kerajaan x lama lagi..

waN Mohd Salim berkata...

rileks sudah .. ahaha

syrupmasin berkata...

susah la kalu sekat2 nih..

NICK IRFAN berkata...

aku slalu jgk tgk kat pirate bay tu sbb smua free... hehe

♥CIK IERA♥ berkata...

disekat supaya suruh fokus blaja sem depan...hehehe

ApiH berkata...

susah nak buat keje la camni...

Sal Saari berkata...

bukan selalu layari internet, kat tmpt keje aje..

Arya Putra berkata...

SKMM tetap salah..
itu PENDAPAT AKU..
nak semua orang jadi HACKERS baru
dorang nak berhenti??

sergeant keroro berkata...

ni propaganda kerajaan, nak tunjuk diorang prihatin..

ni impak dari kes video lucah ahli politik yang tersebar.

tu lah pasal.

cucu umie berkata...

xjadi nak daftr lol mcm gini..kuik alamaknya dok diam2 tgok diorng berdebt jlah..huhuhu

 
Related Posts with Thumbnails