Isnin, 27 Jun 2011

Jom Jadi Baik

Masa tengah isi minyak sebelum nak pergi makan semalam, aku hanya duk dalam kereta sambil perhatikan meter minyak tu. Lepas tu aku nampak ayah sedang duk cakap dengan seorang lelaki iaitu abang kepada kawan aku. Abang kawan aku tu sangat baik dan sangat ramah apabila bertegur.

Sudah isi minyak, ayah aku pun masuk dalam kereta dan aku terus tanya kat ayah :

Aku : Ayah cakap apa dengan dia tu tadi ?

Ayah : Takde ape. Saja tegur dia sebab dia tu baik dan suka tegur orang.

Aku : Oooo ayah kenal dia ke ?

Ayah : Takde la kenal sangat tapi dia tu memang selalu juga tegur ayah. Dia tu peramah.

Wooowww walaupun tak kenal sangat dengan orang tu, ayah tetap tegur dan sembang dengan dia. Biasanya ayah aku ni susah juga nak mulakan perbualan terutama sekali dengan orang yang tidak rapat dengan dia tapi semalam siap boleh gelak lagi apabila sembang dengan Abang kepada kawan aku tu.

p/s : Bila kita jadi baik dan ramah, orang pasti akan suka dengan kita. :)
Comments
15 Comments

15 ulasan:

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

betul .. hehe :)

syarifahsidrus berkata...

untunglaa sapa yg ada sifat ramah tamah tu~

suha berkata...

suke sgt ngn org peramah (^_^)
cik suha peramah gak kot lalala

syrupmasin berkata...

ermmm..bile nk jd peramah tegur2 org nih..haha..tegur2 dekat blog jadi lah kan :D

sergeant keroro berkata...

hehe, camne nak jadi peramah? keh2

Fay berkata...

orang peramah, kte peramah la balik. keke ;p

diana berkata...

orang lelaki kalau kenal2 gitu pun tetap tegur kan..tak macam pompuan .setakat kenal2 gitu selisih bahu pun malas nak tegur sapa..
tak semua tapi pompuan ramai gitu..
kalau lelaki tak..sebab ramai lelaki yang akak jumpa semuanya tk segan bertegur sapa..

anismelon berkata...

yup betul betul..kalo kite baik..org pon sayng..mcm anis..kakaka..xdelah guwau je

Syuxer berkata...

aku setuju..:)..orang yang ramah ngan aku konfirm aku layan cam member kamceng..

cucu umie berkata...

i like it..itu pntg bro untuk jadi ramah tamah..kehkeh incya-Allah orng akan selesa dengan diri kita..

Bigdaddyz berkata...

buat baik di balas baik campur sedikit pahala lagi...

Gadis Kecil berkata...

betul tuh. hihi

GaRy™ berkata...

hehehe... jadi orang yang first tegur dulu.. tu yang aq selalu buat... hehe~

Sal Saari berkata...

sikap yang patut dicontohi..
yang penting ramah biarlah bertempat..

Sal Saari berkata...

sikap yang patut dicontohi..
yang penting ramah biarlah bertempat..

 
Related Posts with Thumbnails