Ahad, 26 Jun 2011

Jom Hentam Bomoh

Aku baru je baru balik daripada makan malam bersama pakcik saudara dan juga sepupu. Semasa makan kat kedai tadi, ada topik yang best dicakapkan oleh mereka semua dan yang paling dapat menarik perhatian aku adalah perbualan mengenai bomoh..

Pakcik : Bomoh ni mengarut. Bila kita bawak pergi pesakit, mereka akan kata ini adalah buatan orang tapi bila kita tanya buatan siapa. Bomoh tak dapat bagi jawapan mengenai siapa yang buat. Pada hal dia bomoh tapi dia tak dapat beritahu siapa buat. Nampak sangat mengarut.

Menarik juga pakcik aku cakap ni. Aku pun dapat idea dan cuba mencelah dengan menggunakan contoh dunia kepakaran aku.

http://www.laymark.com/i/o/03.gif

Aku : Tak de mengarut jugak pakcik. Walaupun bomoh tu adalah bomoh atau pakar, dia pun ada yang tak tahu juga. Contohnya kalau sebuah komputer tu diserang virus, pakar komputer akan kata bahawa komputer tersebut diserang virus. Tapi bila kita tanya kepada pakar, siapa yang hantar virus ? Sudah tentu pakar komputer pun tidak dapat tahu siapa yang menghantar virus.

Haa nampak tak persamaan situasi yang aku cuba tunjukkan. Aku cakap macam tu bukan kerana aku mempertahankan bomoh cuma aku nak tunjukkan bahawa setiap orang pasti ada benda yang tidak tahu walaupun bergelar pakar dalam suatu bidang.

p/s : Aku pernah hentam bomoh is stupid because they don't have degree semasa pembentangan bahasa inggeris zaman matrik :P ...
Comments
10 Comments

10 ulasan:

~HanAlia berkata...

tiap2 manusia tu ada kelemahan dan kelebihan dia...:)

syaimz berkata...

aku ade degree dalam mengarut. aku memang layak mengarut.haha...

sergeant keroro berkata...

betul tu. hehe.

tapi bomoh banyak yang entah macam haram, tak betul jek.

yang ok, 10% jek.

Amiirah-Cassan berkata...

aku join hang hentam ble ? heheh

Lebih Selesa Dengan Lelaki

Srikandi Cinta berkata...

yang mengarut tu pedulikan aje, lebih baik guna perubatan cara islam

Bella Bell berkata...

hahahaha.. ok.. satu contoh perbandingan yang saya rasa kelakar.. tak tahu la kenapa rasa kelakar.. hehehe :)


tp pembentangan masa kat matrik tu macam comel je.. hehhe!!~


^^

GaRy™ berkata...

hahaha... mesti pakcik tu terdiam + balik rumah sambil nangis...
x semua bomoh betul... stakat ni dalam hidup gary, baru 2 kali jumpa bomoh yang betul2 bomoh.. semua apa yang dia cakap tepat... x taw nak nak caya yang mana... Allah lebih mengetahui...

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

susah jugak ni sebab Tia pun takde pengalaman lagi jumpa bomoh ..

sue perbs.. berkata...

emmm.. tk pnah jumpe bomoh.. tk semua bend di dunia ni kite tau.. hanya Allah yg mahaa mengetahui

Kei Seichi berkata...

bomoh pon bukan tahu semua..memang kena sangat la dengan contoh yang ko bagi tu..haha..

 
Related Posts with Thumbnails