Sabtu, 11 Jun 2011

Entri Perasan ( Bosan )

Waktu petang biasanya otak jadi lembab sikit dan nak gali cari idea pun susah. Dalam otak tengah ligat duk fikir nak bagi ayat cantik, nak kasi entri sangat berkualiti, nak kasi faedah kepada yang baca entri dan nak bagi segala kebaikan kalau boleh. Fikir punya fikir tak boleh juga. Masa terbuang gtu je duk termenung macam tu. Tangan tak start menaip, mata duk kaku kat skrin tapi otak tengah penin.

Buat ape penin sangat duk fikir ape nak ditulis ? Tekan je keyboard tu dulu baru la idea datang kemudian. Kalau tak datang juga, pergi jalan2 dan lihat sekitar kampung atau bandar yang menarik. Dah jumpa benda yang menarik ingin dikongsi, snap gambar atau tulis mesej kat henset supaya bila ada depan laptop, idea tu tak hilang dan boleh buat entri yang best. Jom layan entri perasan yang bosan kat bawah ni. Ni ciptaan aku sendiri..

Entri Perasan Bosan
=============

Tadi masa dalam kuliah, saya nampak awak bersama kawan-kawan masuk ke dalam dewan dan secara tibe2 mata kita bertentang. Tanpa disedari, awak memberi senyuman yang sangat manis kat saya. Saya rasa sangat gembira apabila awak senyum kat saya dan terasa dunia ini saya yang punya walaupun awak hanya memberi senyuman. Lepas habis kelas, saya ingat nak tanya kenapa awak senyum kat saya tadi. Mana la tahu kalau awak suka kat saya ke.

Kringg !! waktu kelas pun dah habis dan saya cepat2 pergi ke tempat awak untuk tanya. Saya cuba beranikan diri untuk bertanya walaupun dalam hati saya sangat gementar. Lepas dapat jawapan daripada awak, saya berasa sangat malu, tersangat malu dan menyesal bertanya kat awak. Rupa-rupanya awak senyum kat teman wanita awak iaitu gadis yang ada disebelah saya tadi. Kenapa saya ni seorang yang suka perasan dan syok sendiri ? saya pun tak tahu :P

p/s : Sekali lagi aku merepek benda yang gila dalam blog ni.
Comments
13 Comments

13 ulasan:

Srikandi Cinta berkata...

huhu nice.. mungkin boleh buang perkataan bosan tu je kot, sebab isi lebih pada "perasan" sendiri.. haha *smile*

EiZaRaZiErYa berkata...

ahahha....nice~
nk sokong ckp srikandi cinta bole??

wink3 >_<

kiz berkata...

haha..perasan..jeng jeng

Kei Seichi berkata...

haha..perasaan perasan.. =P

suha berkata...

memang perasan teramat (^_^)

erk cik suha ngah pk lg nak murtad teganu x ni hehehe

neway,cik suha dok kg.bharu tok dor

shiema sufian berkata...

perasan je :)

jia berkata...

hahahaha.. :D

sergeant keroro berkata...

hahaha, dia senyum kat aku actually. dia cover cakap kawan pompuan dia :P

Siti Safiyyah berkata...

a'ah setuju. ni bukan bosan tapi perasan. ngeh3. larikkkkk ;p

cucu umie berkata...

haha..daus xad cerita lain ker??? itu mcm kisah cinta hang jer?? lalala

anismelon berkata...

nie kes terlalu bosan fikir punye fikir kuar lah cerite perasan..ngeee..mmg perasan pon..malu seyh kalo gini..heee..:)

~SaL IjOu~ berkata...

Salam kenal.hehe, malu jugak kalo jadi mcm ni kan..

elynn aiza ♥ berkata...

hahahahaha.. bpak maluu klo kne kt elin.. kah3..

 
Related Posts with Thumbnails