Khamis, 2 Jun 2011

Dah Tak Gersang Lagi

Perghh tajuk entri punya la dasyat sampai ada gersang lagi. Sebenarnya sejak aku ada di Perlis lagi aku dah gersang dan baru hari ni aku berjaya menghilangkan gersang aku tu. Hu hu hu gersang yang aku maksudkan adalah makan keropok lekor je. Mengidam nak makan keropok lekor sejak di Perlis lagi wooo.

Dan petang tadi aku telah drive dengan perasaan yang sangat gembira sambil menyanyi ke satu kedai yang biasa aku kunjungi untuk membeli keropok lekor. Aku beli sebanyak Rm 6 dan kalau tak silap aku harga keropok lekor sekarang adalah 4 keping = Rm1.

Banyak gila aku beli. Nasib baik makan dengan adik.

Lupekan seketika pasal keropok lekor yang sedap tu. Tadi masa duk tengok tv bersama emak, tiba-tiba mak tanya soalan :

Emak : Firdaus kalau keluar dengan Ernie, biasanya dia makan ape ?

Aku : erkk ( aku terkejut ) dia tu makan macam selera mak la. lebih kat sayuran dan ulam. x macam orang yang suka makan daging ni. Dia pun makan petai jugak mak.

Emak : Dia makan petai jugak ? ( Dengan muka senyum kemudian gelak kecil )

Haih tiba-tiba je mak tanya pasal kekasih aku, ernie musliana makan apa. Macam ada ape-ape je mak ni siap senyum dan gelak ketawa lagi. :D


Comments
10 Comments

10 ulasan:

syrupmasin berkata...

ya Allah lapar pulak malam2 nih..

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

wah! bestnye mak mertua tanya2 ni ;)

sergeant keroro berkata...

hahaha XD

ni kes tengok entri aku la ni :P

org muo berkata...

pewiiitt...spoting mak u he he :) tahniahlah..cepat2 kawen yaaa

emeera asnary berkata...

makan paneh paneh, perghh.. nak alek klate cpt cpt ! t leyh singgah tengganu ! hehe ;)

diana amin berkata...

wow mak mertua dah tnye tu..hihi jom gi terengganu lah mkn kepok.

diana berkata...

lain kali bila buat entry pasal kekasih letak la link dia sekali..
kedekut betul nak bagi backline..
heheheh

waN Mohd Salim berkata...

pulak dah

miss.Addin berkata...

wah petanda baik tu !

HIHI :)

HAFIZAL berkata...

adalah tu...mak nak jumpa bakal mentua nak jemput datang rumah

 
Related Posts with Thumbnails