Ahad, 19 Jun 2011

Cerita Cinta 6

Ini sambungan Cerita Cinta 5

1. Selepas saya dapat tahu itu adalah teman lelaki awak, saya bercadang untuk tidak menghubungi awak lagi dan berharap awak bahagia bersama si dia.

2. Kini setelah sebulan kita tidak meluangkan masa bersama dan tidak berhubung, saya menerima satu sms daripada nombor awak semasa sedang study

3. Dalam sms tu awak meminta maaf kerana sudah lama tidak hubungi saya. Awak juga kata ingin meluangkan masa kembali bersama saya.

4. Perasaan saya yang semakin pudar kat awak selama sebulan kini kembali berbunga apabila awak ingin luangkan masa bersama dengan saya.

5. Esok merupakan hari cuti hujung minggu jadi awak mengajak saya untuk berjoging bersama di sekitar kampus pada waktu pagi.

6. Saya terus bersetuju dengan ajakan awak itu. Dah lama saya tidak berjoging bersama dengan awak dan lepas berjogging kita biasanya berborak di padang.

7. Pagi tu kita berjogging selama satu jam dan meronda-ronda di sekitar kawasan kampus. Saya perasan sesuatu bahawa awak semakin kurus berbanding sebulan yang lepas.

8. Lepas jogging pagi tu, kita lepak di padang untuk hirup udara segar. Kemudian saya dan awak duduk di atas padang untuk berehat.

9. Semasa berehat, saya cuba tanya kat awak soalan mengenai teman lelaki awak dan kenapa tiba2 mengajak saya meluangkan masa bersama awak.

10. Lepas tu awak terdiam. Kemudian mata awak tiba-tiba mengeluarkan air mata dan awak menangis di hadapan saya.

11. Saya terus jadi cemas dan kelam kabut. Saya tak pernah nampak awak menangis di depan saya dan saya jadi buntu tak tahu nak buat apa.

12. Dalam keadaan cemas,takot dan menggeletar, saya cuba sapu air mata yang jatuh di pipi awak tu. Saya hanya diam dan tak mampu nak cakap.

13. Saya meminta maaf kerana bertanyakan soalan yang buatkan awak sedih dan menangis. Saya tak niat nak lukakan hati awak.

14. Selepas beberapa ketika, awak berhenti menangis dan meminta maaf kat saya kerana telah buatkan saya susah hati.

15. Saya hanya tersenyum apabila awak minta maaf. Awak kemudian bercerita kepada saya mengenai teman lelaki awak.

16. Rupa-rupanya teman lelaki awak curang dengan menjalinkan hubungan dengan perempuan lain. Saya tumpang simpati dengan apa yang terjadi kat awak.

17. Awak mengucap terima kasih kerana saya sudi meluangkan masa bersama. Secara tiba-tiba awak tersenyum dan muka awak kemerahan.

18. Saya hairan kenapa awak senyum kat saya. Kemudian awak kata yang awak nak jadi teman istimewa saya.

19. Teman yang bukan sekadar meluangkan masa bersama malah teman yang sudi menemani ketika senang dan susah.

20. Saya dengan hati yang gembira sangat sudi untuk menerima awak sebagai teman yang istimewa
Comments
12 Comments

12 ulasan:

ADEEYA berkata...

I wish I can reblog this :)

NuSaNa NoSa 91 berkata...

alaaa.. xbest la happy ending.. T_T

Syuxer berkata...

emm..nape kita cari yang tidak mencintai kita?sedangkan kita tidak sedar orang yang selalu temankan kita itula kemungkinan jodoh kita..:)

cucu umie berkata...

manusia memang jarng nak sedar tntg orng yg sellu rapat dengan kita adlh orng yg kdng2 memang fham akan diri kita dan jodoh kita kot..

sergeant keroro berkata...

ko buat aku tersenyum sorang, haha.

XD

keen semua nak sad ending, keh2

Luq At Your Words™ berkata...

haha..nice..

:)

Bella Bell berkata...

ewwww... terima dengan ikhlas.. hehehe!!~

^^

noona berkata...

appy ending huhuhuhu
wat la sad ending lak

Bigdaddyz berkata...

cinta itu mmg asik dan indah....

JR Online berkata...

Sesuatu itu menjadi indah jika kita melihatnya indah....

kiwi berkata...

aik, senangnye :)

anismelon berkata...

wah..best nye la kalo my ex pon mcm lelaki nie..hoho..

 
Related Posts with Thumbnails