Sabtu, 18 Jun 2011

Cerita Cinta 5

1. Kali pertama nampak awak adalah semasa minggu orientasi kemasukan pelajar baru. Waktu tu saya hanya dapat perhatikan awak dari jauh je.

2. Awak seorang yang diam dan tidak banyak bercakap dengan orang lain. Dengan kawan-kawan yang baru pun awak kurang bertegur sapa

3. Pada suatu petang, saya nampak awak duduk seorang diri kat hujung dewan. Saya cuba dekati awak dan tanya kenapa duduk jauh daripada orang lain

4. Awak kate kepala awak pening kerana tak cukup rehat dan tidur sepanjang minggu orientasi tu.

5. Bila awak cakap pening, saya terus risau dan terus saya dapatkan kebenaran supaya awak dapat berehat di bilik tanpa perlu mengikuti orientasi ini.

6. Saya juga dengan cepat pergi ke koperasi untuk beli panadol supaya awak boleh sembuh dalam masa yang singkat.

7. Keesokannya saya nampak awak di dewan dan awak menuju ke arah saya dengan muka yang riang. Awak mengucapkan terima kasih kerana bagi ubat
semalam.

8. Saya sangat gembira apabila dapat lihat awak sudah sihat dan gembira. Ketika tu saya cuba nak borak dengan awak tapi awak dah pergi lepas ucap terima kasih

9. Sepanjang minggu orientasi tu, saya asyik perhatikan awak je. Kadang2 saya lupa tugas mengawal pelajar lain kerana asyik perhatikan awak.

10. Pada hari terakhir minggu orientasi tu, saya beranikan diri menyatakan hasrat untuk berkawan dengan awak dan mengenali awak dengan lebih rapat lagi.

11. Sejak dari hari itu, kita selalu luangkan masa bersama. Kita belajar bersama, Jogging bersama, dan kadang2 makan bersama. Kadang2 je tau :P

12. Tapi sejak akhir-akhir ni awak kurang meluangkan masa bersama saya. Apabila saya ajak belajar bersama, awak kata ada kelas tambahan.

13. Bila saya ajak jogging pada waktu petang, awak kata penat. Bila ajak makan,
awak kata baru je sudah makan.

14. Awak seolah-olah cuba mengelak daripada meluangkan masa bersama saya
lagi.

15. Pada satu hari saya pergi ke Perpustakaan Universiti seorang diri untuk study. Masa saya tengah sibuk mencari tempat untuk study, saya ternampak awak.

16. Tapi saya bukan nampak awak seorang diri. Saya nampak awak bersama seorang lelaki di satu sudut study di perpustakaan tu. Awak sangat mesra dengan
dia.

17. Senyuman yang awak beri kepada dia jauh lagi ceria dan manis berbanding senyuman yang awak beri kepada saya. Saya fikir mungkin itu adalah teman lelaki awak.

18. Mungkin itu sebabnya awak selalu bagi alasan untuk mengelak daripada meluangkan masa bersama saya. Kini saya kembali berseorangan tanpa teman.

19. Walaupun saya berada dalam kesunyian, Saya sentiasa berdoa semoga awak berbahagia bersama teman lelaki awak.

p/s : Sebenarnya saya syok kat awak.. Muahahahaha
Comments
19 Comments

19 ulasan:

nelly berkata...

haha .kelakar !

Lieyda berkata...

ni mesti dari pengalaman ni kan? hehe

cute rasberry berkata...

dah ikut dari 1 sampai 5..
sambung lagi okeyh

EiZaRaZiErYa berkata...

al0oo..sweetnye~ ase cm nk wat vid dari cite ni pulak~ ehheehe..tgok lah..klw ade mase nanti~ wink3 >_<

NuSaNa NoSa 91 berkata...

wahahahahaha~ sedihnya.. suke, suke~~ ^_^

lg, lg, dan lg tau.. heeee~ ^_^

Fyqa berkata...

dri luahan hti ke ni? halahaii.
klo kau cpat, msty dh dpt dia.

hikk ;)

bungaitucantik berkata...

alahai~ kcianyer..byk pengalaman bercinta jer..

HonEyBuNNy berkata...

awak??

sapa la awak tu yer...hehe

sweet sgt okeh...hehe

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

aiseymannnnn . suweet je dakuh rasa citer ni . NEXT , NEXTTT !!! what happen ???? cepatttt . heheheee :)

sergeant keroro berkata...

hahaha, cepat sambung :P

RepublicAku berkata...

pergi dekat sikit dekat mamat tu bawak cangkul....banyak cakap kau terus cangkul kepala dia...keh3!

Bella Bell berkata...

ok.. cute je entry ni.. hahah!!~

blackroses berkata...

kisah benar kan ni?

Bigdaddyz berkata...

banyak lagi gadis yang menanti....

Siti Safiyyah berkata...

erk macam ada tertinggal sesuatu yg best jek ni??? hahaha. sambung2! ^__^

MDHAFiZ.NET berkata...

eheh...
mulanya td rasa malas nak baca...huhu..
tapi bila baca..makin lama makin best pulak..ahah..
aku x pernah rasa mcm ini...

sabo je lah...kalau jodoh tak ke mana

nawal addina berkata...

haha , cute jeah n3 nie ^^

sambung cpt !! ;)

siti kektus berkata...

haha, tak pe, berderet lagi yg tunggu, ;)

Auji Fassya berkata...

Semakin suke . nak lagii ceritaaa . hhahhaha

 
Related Posts with Thumbnails