Khamis, 30 Jun 2011

Berperang Dengan Semut Api

Lepas mengadap blog, aku akan tidur atas lantai berlapikkan tikar je dan kadang-kadang takde lapik apa pun. Mak aku kata aku ni sangat Flexible kerana boleh tidur di mana-mana je tanpa rasa sakit badan lepas bangun daripada tidur. Ok dah jauh sangat aku merepek daripada tajuk asal ni.

Sekarang ni aku baru je terjaga daripada tidur gara-gara semut api yang menyerang tangan. Tadi masa tengah tidur, tiba-tiba tangan rasa sangat gatal dan apabila terjaga nampak tangan dah naik gelembung gatal. Hairan juga kenapa tangan boleh naik gelembung gatal pada hal takde nyamuk pun.

http://www.laymark.com/i/o/114.gif

Bila tengok kat sekeliling, rupanya ada semut api duk buat lawatan malam kat sebelah kiri aku. Mungkin masa tidur tadi tangan ada sekat lalulan mereka jadi semut api tu pun gigit la tangan kiri aku.. gggrrrr rasa sangat gatal. =_=

Aku geram, aku bengang, aku tensen, aku mengantuk, jadi aku ambil ridsect dan sembur pada sekumpulan semut api yang buat lawatan tengah malam ni. Aku spray memang banyak supaya semua mati dan akibatnya sekarang aku tak dapat nak tidur lagi kerana bahagian rumah ni dah bau ridsect kuat sangat.
Comments
10 Comments

10 ulasan:

Alya Esprézzo berkata...

hahahahahahaha..adehh, tido tutup idong jelaa freak :P

Ibnu isa berkata...

layan ini.. tenanggg.. hahah..

http://mohamadisamuddin.blogspot.com/2011/06/lagu-wajib-dengar-selera-moden.html

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

hahaa . kejam gilosss . dah mati semua . lawatan terpaksa ditangguh :)

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

weh , orang terengganu ? besut ? setiu ? tu kampung ayah Tia lorhhhh :)

[sutera kasih] berkata...

semut api xpe, jgn lipas sudala hehe

Bella Bell berkata...

uihhhh.. gatal gila kot kalau kena gigit dengan semut api ni.. huhuu!!~


lepas ni kita ketuk semut api tu dengan tangan ea.. heheh!!~


^^

siti kektus berkata...

alah, semut api je pon, tu pon tak leh lawan ke, hehehe ;)

dyanne berkata...

muahaha~ ngah semut pon jadi ehh..pon bolehhhhh

mas saari berkata...

kesian semut api tu...huhuhuhu
mati sudah!!

sergeant keroro berkata...

hehe, semut api tu yang salah :P

 
Related Posts with Thumbnails