Selasa, 21 Jun 2011

Ape Lah Makcik Ni

Aku selamat sampai kat Raub pukul 4.30 petang tapi bukan tu aku nak cerita. Aku nak cerita pasal seorang makcik masa dalam bas tadi. Pagi tadi masa aku bagi tiket, ada seorang makcik dah naik kat tingkat atas dalam bas. Aku pun masuk la dalam bas tapi aku hanya duduk kat seat bawah je dan sebelah aku takde orang.

Kemudian bas pun memulakan perjalanan menuju ke Pahang. Setelah 30 minit, bas ada berhenti kat satu perhentian untuk mengambil penumpang lain. Masa bas tu berhenti, makcik yang berada di tingkat atas turun kat driver dan beritahu bahawa dia tak boleh duk di tingkat atas kerana gayat. Driver tu pun suruh makcik duk kat seat bawah kerana masih banyak kosong.

Lepas ambil penumpang, bas tu pun sambung kembali perjalanan menuju ke Pahang. Aku yang tengah ditiup air-cond yang sejuk terus terlena. Setelah beberapa ketika aku sedar daripada tidur dan masa tu aku perasan bahawa makcik yang gayat duk kat tingkat atas tadi sudah ada di sebelah aku. Tadi seat sebelah aku kosong, sekarang dah ada makcik tu pula.

Haaa bila makcik tu ada sebelah aku, dia pon cakap kat aku :

" Dik, boleh tukar tempat duduk dengan kakak kat belakang tu tak ? "

Aku yang tengah mamai ikot je la cakap makcik tu dan tuka seat dengan kakak kat belakang. Haihh plot sangat menarik masa dalam bas :

1. Makcik gayat duk atas dan kemudian duduk kat bawah
2. Makcik tiba2 ada di sebelah seat aku'
3. Makcik tiba2 suruh aku tuka seat dengan kakak kat belakang...

p/s : Apakah =_=
Comments
28 Comments

28 ulasan:

diana berkata...

makcik tu nak mengorat kamu je sebeno nye..
dia ada calit apa2 tak kat kamu.??
cer ingt balik..ada tak???

fiQ'Ra berkata...

awatnya makcik tu suruh hang tukaq tempat? huhu...tak paham ler

Nini Hartini berkata...

mmg dia gayat agaknya. pastu nk tukar tmpt duduk sbb x nk dok sblh lelaki kot. hehe..atau kakak belakang tu xnk duduk sblh lelaki.

Heart In A Cage
.

sergeant keroro berkata...

haha, pastu ko still sorang ke kat belakang? XD

TYNTHA LANA berkata...

makcik tu sebnrnya...tak tahan..tak tahan dengan bau bdn daus,hahahahahah

JR Online berkata...

Itulah namanya kuasa perempuan lelaki kena ikut saja...biasalah tu

EiZaRaZiErYa berkata...

ahahhaa..betul 2 JR~

▂ ▃ ▅ ▆ 100%
─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
──██─────██───██▄█▀───██▄█───
──██─────██───██▀█▄───██▀█───
─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄ entry ni
wink3 >_<

kiz berkata...

mengalah tak bererti kalah Fir..selamat bercuti..

wadud@duad berkata...

dia suruh kau ngorat kot kakak tuh bro..
hahahha.. tengok ko macho jer..:D

nawal addina berkata...

haha , macik tu nak promote kot ? ;)

NuSaNa NoSa 91 berkata...

mak cik tu suka jln2 dlm bas kot.. heee~ ^_^

Bigdaddyz berkata...

org tua2 mmg begitu macam2..

bungaitucantik berkata...

???..pelik2 jer mak cik tuhhh~

Aman Ibrahim berkata...

hahah~ mak cik tuh x boleh tgk org senang skit

harrazdani berkata...

umpama tetamu menyuruh tuan rumah keluar...huhuhuh

GaRy™ berkata...

hahahaha... kita bako je~... hormati yang tua... ~warga tua, teras masyarakat~..(nyanyi)

syaimz berkata...

makcik ni macam...hantu gak...

suha berkata...

makcik tu bekas pengarah syarikat sbb tu dia sesuke ati je mengarah (^_^)

cucu umie berkata...

kehkehkeh..makcik tu suka kt hang kot..aduyai, makcik2...mcm2 lol..dh thu gayat nk juga dok atas

Syuxer berkata...

orang tua neh dia cakap2 kita follow je..sian anak2 muda hehehh..tapi xpe kot2 ada hikmah disebalik itu

Amiirah-Cassan berkata...

macam magic2 je makcik ni . hahaha xpa, gud job bagi makcik tu senang hati :)

mas saari berkata...

makcik tu tak pernah naik bas kot? jadi dia nak try duduk kat semua tempat duduk kat dalam bas tu.. huhuhuhu

Fathiah Hamim berkata...

dia minat kau tuhh.

waN Mohd Salim berkata...

die suke ko la tu haha

Kei Seichi berkata...

makcik tu duduk bawah sebab gayat dok atas..pastu die nak tukar tempat tu sebab tempat lain sejuk..biasa duduk bawah memang sejuk..haha..
tapi xtaw la makcik tu ape kisah die..

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

uit , tuko pulak ? maksudnya , ada 2 mak cik eh dalam citer ni ?

HAFIZAL berkata...

hujung ceritanya...jadi tak paham...heheheee

hana sudradjat berkata...

er..saya blur. 0.0

 
Related Posts with Thumbnails