Ahad, 26 Jun 2011

Aku Tak Suka Perempuan

Perghh tajuk bikin gempak je tapi takde la gempak mana pun. Semalam lepas majlis bersanding, semua saudara mara yang terdiri daripada pakcik dan makcik datang berkumpul di Homestay untuk bahagi hadiah yang diperoleh semasa kenduri.

Yang jadi masalah apabila 6 dan 7 keluarga bertemu di dalam satu rumah dan berbincang mengenai pembahagian hadiah. Pada awalnya biasa dan tenang je tapi lepas 5 minit, suasana dalam rumah ni dah mengalahkan pasar. Ya Allah, sangat bising dengan pot pet pot pet.

Yang lelaki nak tengok tv pun tak aman apabila dengar semua perempuan dalam rumah duk sembang pasal hadiah. Aku yang tengah online kat tv memang dah panas sangat. Memekak je semua perempuan tua dan muda ni. Rasa nak pergi bom je semua yang duk sembang dengan suara lantang.

Bila dah geram dan panas sangat, aku ambil kamera video dan rakam aksi mereka. Masa tengah rakam, ada beberapa orang perasan yang aku sedang ambil video mereka. Kemudian semua berpaling kat aku yang tengah rakam video tu. Aku yang tengah panas dan marah terus cakap :

" Haaahh bising la lagi. Video ni nak letak dalam internet biar semua orang tengok betapa bisingnya perempuan dalam rumah ni "

Lepas aku cakap camtu, semua terus senyap dan hanya beberapa perempuan je yang tak takut duk sembang macam biasa. Aku tutup kamera video tu baru la suasana jadi bising semula tapi mujur la dah tak bising macam tadi lagi.

Gila bising dan memekak. Aku rasa kalau ada 100 lelaki dalam rumah ni pun tak dapat nak lawan bising perempuan yang ada dalam rumah sekarang.

p/s : video tu tak upload pun kat internet. saja acah suruh diam. :D
Comments
11 Comments

11 ulasan:

ciK biBik berkata...

haha..mmg sengal uh.hu

fatin syahirah :) berkata...

kau on9 kat tv ? haha. macam mana tu ? perempuan memang kecoh =.= aku pun tak paham. haha

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

hahaaa . memang ! perempuan kalau dah berjumpa , berkumpul ramai2 mulut tak sah tak bising . belum lagi terpekik terlolong macam pontianak tu ..

mumui berkata...

perempuan mmg camtu... haha... da kene marah sekali pun masih nk bising2 lagi..

cucu umie berkata...

biase ah bro..nak bt mcm maner dah memang sifat mereka mcm gitu kalo dh berjumpa..kahkah jgn marah2 bro..relax lol

sergeant keroro berkata...

haha, sengal jek.

p/s : tu iklan pe yang baru tu?? tak pernah nampak pon.

arfah berkata...

hahahaha :P

ady berkata...

adat berkumpul mmg bising..tp seronok pe

A retarded kitty berkata...

meriah. :D

diana amin berkata...

meriah ler tu..haha neh msti suker suasana yg sunyi sepi jew kan.

shiema sufian berkata...

lumrah semulajadi :)

 
Related Posts with Thumbnails