Ahad, 19 Jun 2011

Aku Mamai Lagi

Pukul 6 tadi aku bangun dan mak aku pun dah bangun. Biasanya masa ni mak aku tengah gosok baju untuk pergi kerja tapi aku tengok mak masih rilek. Pukul 6.30 aku sambung tdo balik lepas subuh ( tdo lepas subuh :P ) dan bila jaga pukul 11, aku tengok adik tak pergi sekolah, mak tak pergi kerja.

Aku yang tengah hairan pergi la tanya kenapa tak kerja hari ni ? Sepatutnya ahad dah bekerja bagi kawasan pantai timur. Bila aku tanya je, terus mak dan adik aku gelak. Mereka cakap hari ni cuti bagi Terengganu sempena menang bola hari tu dan juga Sukma. Looorrr sekali lagi aku kena gelak dengan mak dan adik.

http://www.laymark.com/i/o/117.gif

Tak cukup mamai lagi tu. Bila nampak ayah aku kat dapur, aku tanya kat ayah bila masa dia sampai rumah. Setahu aku 3 hari lepas die outstation ke Langkawi. Ayah aku pun cakap " Kan Firdaus duk buka pintu pagar dan ambil beg ayah semalam. Lepas tu Firdaus sambung tidur " .

Bila fikir lama2. Memang betol aku ada bangun daripada tidur selepas dengar bunyi kereta ayah. Lepas tu aku ada buka pintu pagar dan tolong angkat beg ayah masuk dalam rumah. Adusss mamai lagi sampai ayah balik semalam pun aku tak ingat. Pada hal aku yang sambut ayah masa semua orang tengah tidur..

p/s : Nampaknya ni hari aku mamai.. mamai mamai mamai
Comments
16 Comments

16 ulasan:

NuSaNa NoSa 91 berkata...

freakyyyyyyy.. ni knp mamai2 ni?? sbb duk ngadap komputer je ke?? =.=

bangun, bangun!! sedar xlg ni?? hihii~ ^_^

Fatin Najwa berkata...

Hahah comel gile mamai dengan semua orang. HHAHA

berkata...

mamai mamai. mamaimamai pun boleh menaip lagi tu. huhu

nurfatiha blacky berkata...

haha. mamaiii boleh psl cuti nieh.

syrupmasin berkata...

wuahaha..ape lahh :D

nawal addina berkata...

hahaha , cuti laa pulak weh .

Syuxer berkata...

berat nanang mamai staro tuh hahahah..;p

sue perbs.. berkata...

dasyat2.. heh.. bnyk snht mimpi tu..

Srikandi Bonda berkata...

hehehe.. mamai betul. ni ingat tak post entry kt blog? nt.. mamai lagi.. hehehe ^___^

sergeant keroro berkata...

hahaha, semalam bukan ko pergi like status aku kat SB ke, yang sal ganu cuti tu??

mamai mamai

mas saari berkata...

hehehehehe..kelakarlah Freaky ni!
jgn mamai lagi tau

ieyza afieyna berkata...

haha.. bole plak mcm tue..
kelakar la..
xcukup tido ape..

anismelon berkata...

nasib mamai yg terkawal..kalo xterkawal..berjalan dalam mamai sambil mata terpejam..haaa..kan bahaye toh..

kiwi berkata...

heheh mamai tak sudah. bahaya tu :P

eh2 ganu cuti sebab menang bole? syiok la kome :))

cik azeya berkata...

kau ni memang mamai je ke kejenye. org cakap kalau selalu mamai nanti cepat nyanyuk tau. ayok.

AnAk dEneSor berkata...

hahahha,,mamai nyer dier..hahah

 
Related Posts with Thumbnails