Rabu, 18 Mei 2011

Tunggu apa lagi. Cepat Pindah !!

Beberapa bandar di negara ini yang terletak di kawasan rendah, terutama berhampiran pantai berkemungkinan ditenggelami air laut dalam tempoh sembilan tahun akan datang berikutan fenomena paras air laut yang semakin meningkat akibat pemanasan global.

Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTHM itu, berkata data paras air laut yang dianalisis Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Dr Tan Lai Wai, mendapati sejak 2004 sehingga awal tahun ini, paras air laut negara meningkat secara purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun.
http://www.laymark.com/i/o/30.gif
Ah sudah paras air naik 10 cm tiap tahun. Sapa yang kawasan perumahan atau tinggal dekat dengan laut mungkin akan tenggelam dalam masa 9 tahun lagi. Maksudnya dalam 9 tahun, paras air laut akan meningkat sebanyak 90 cm. Nak dekat 1 meter dah tu dan memang agak tinggi.

Jadi tunggu apa lagi ? takkan nak tunggu sampai kawasan tu tenggelam dengan air baru terkedek-kedek nak pindah ? Rumah aku sendiri pun dekat dengan kawasan laut. Ada la dalam beberapa ratus meter dari laut dan berita ni agak berjaya men-saiko kan aku.

Ye la sapa tak takut kan kalau tahu dalam masa 10 tahun lagi kemungkinan tempat tinggal kita tu akan tenggelam kerana kenaikan paras air laut. Tu 10 tahun, kalau 100 tahun memang tenggelam banyak la jawabnye..

p/s : Walaupun air laut naik, aku rasa nak mandi pantai je petang ni.
Comments
11 Comments

11 ulasan:

diana berkata...

nak pindah mana??
kolompo la..
heheh

mas saari berkata...

begitulah risiko yang melanda bumi kita sekarang! harus berjaga2..

waN Mohd Salim berkata...

tak mo hahahaa

Srikandi Bonda berkata...

Betul tu. Harus berjaga-jaga. >.<

mad khaz berkata...

xnak,wekkk :P

haha,jom mandi pantai.

lamo den xpoi pantai nih XD

syrupmasin berkata...

ishh..takott gile..naseb jauh dari pantai :D

kiz berkata...

bak kata pepatah..kalau takut di lambung ombak jgn berumah di tepi pantai..huhu

Bella berkata...

sebagai ucapan terima kasih kerana rajin ke blog saya..ni ada entri khas untuk awak..hehe.
http://iniblogsayabella.blogspot.com/2011/05/terima-kasih-arigato.html

ieda berkata...

moh kita ramei2 .. buat umah atas bukit .. kalau x ade .. kita bikin bukit .. suh YB2 turun padang bagi duit timbun tanah bagi rakyat selamat :))

TUL LAH KAN !!! ...

Sal Saari berkata...

itu menandakan bumi makin panas..
ais dari kutub cair lah tu..

zalizalu berkata...

nasib bek umah aku dah siap pelampung... hahaa

 
Related Posts with Thumbnails