Selasa, 10 Mei 2011

Susah tau update blog

Sebenarnya susah tau nak update entri blog walaupun kebelakangan ni aku update blog dengan entri baru hampir setiap jam. Yer !! boleh kata hampir setiap jam aku akan update blog aku ni dengan pelbagai idea dan merepek yang ada dalam minda aku ni.

Kenapa update setiap jam ? Selain daripada mencari trafik dan pembaca, aku juga mencari kepuasan dalam blogging. Aku merasa puas apabila dapat tulis apa yang bermain di minda dan puas dapat berkongsi idea dengan blogger yang lain. Memang tak dinafikan kadang-kadang aku buntu tak tahu nak tulis pasal apa tapi jangan kita fikir susah, hidup sangat menarik untuk dikongsi dan beritahu je ape yang ada dalam fikiran.
http://www.laymark.com/i/o/50.gif

Pasal menarik dan tidak menarik tu hal yang kedua kerana yang akan menilai adalah pembaca. Jika respon tidak berapa menarik, maka perlu diubah gaya penulisan dan sentuhan idea agar menjadi lebih seronok untuk dibaca. Perghh aku sembang macam pakar je pada hal aku masih beginner yang mentah tak tahu apa-apa. hahahaha

p/s : Entri aku menarik ke ? takde la menarik pun kan ? aku je yang perasan.
Comments
2 Comments

2 ulasan:

liyana berkata...

merasa puas apabila dapat tulis apa yang bermain di minda n share ap yg spatutnya
btul!

Freaky berkata...

btol tu :)

 
Related Posts with Thumbnails