Ahad, 15 Mei 2011

Selamat Hari Guru

Sekarang baru aku boleh tengok tv. Haih punya la kempunan nak tengok tv tapi baru sekarang ada peluang. Layan tv2 best jugak cerita macam action je dan aku tengok sorang2 je. Mak, ayah dan adik bongsu aku semua dah masuk tido kerana esok hari bekerja dan sekolah.

Oh ya esok adalah hari Guru dan aku ingin mengucapakan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru. Bila ingat balik hari guru, aku jadi teringat suasana alam persekolahan walaupun aku tak rindu pada zaman sekolah. Masa hari guru sangat best kerana boleh tengok guru-guru nyanyi dan ada banyak juga persembahan daripada guru dan pelajar.
http://www.laymark.com/i/o/16.gif

Yang paling best masa acara sukaneka yang disertai oleh guru-guru, staf dan para pelajar. Acara sukaneka pada hari guru dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dan guru serta dapat bergelak ketawa bersama-sama. Masa aku sekolah dulu, event yang paling aku suka adalah dikir barat yang dipersembahkan oleh pelajar kepada guru-guru.

p/s : Kalau aku pergi sekolah mak, boleh tengok sambutan hari guru :P ... saja nak wish awal :D
Comments
4 Comments

4 ulasan:

kiz berkata...

teringin sangat nak jumpa cikgu zaharuddin yang pernah mengajar aku dari darjah 1 sampai darjah 6.. dah lebih 25 tahun tak jumpa..

Selamat hari Guru buat semua pendidik seluruh malaysia.Jasa mu sangat2lah besar..

KM7 berkata...

selamat hari guru..16 mei 2011

Fatin Baharum berkata...

eh, jap, esok hari guru ? eh, 16 kan ? errr..

latest entry : congratulations mky

HonEyBuNNy berkata...

kena ingat neh..

takot lupa wish dekat mama...hehe

 
Related Posts with Thumbnails