Khamis, 19 Mei 2011

Polis palsu dicekup

Pada waktu pagi yang ceria ini, sangat best kalau duk bersantai sambil baca paper online. Tapi yang tak bestnya tak boleh nak baring bila baca paper online kerana susah nak pegang laptop. Kalau beli paper mudah la baca sambil baring, dalam 10 minit lepas tu terus bungkam dengan paper atas muka.

Ok pagi ni setelah baca mana yang best, aku hanya nak kongsi pasal Polis palsu dicekup ni je. Sekarang memang banyak kes yang menyamar sebagai polis untuk ambil kesempatan melakukan jenayah ataupun salah laku. Kalau benda ni semakin berleluasa, nanti masyarakat akan hilang kepercayaan terhadap polis.

http://www.laymark.com/i/o/91.gif

Macam mana nak dapat kepercayaan kalau ramai sangat penjahat yang menyamar jadi polis. Aku rasa polis kena cari alternatif lain bagi memperkenalkan identiti mereka sebagai polis supaya penjahat ni tak boleh menyamar lagi pada masa depan. Ataupun polis kena buat lebih banyak operasi supaya takde lagi lepas ni yang sibuk sangat menyamar jadi polis.

Haih orang suruh masuk Pusat Latihan Polis tak nak, lepas tu mula sibuk duk menyamar jadi polis.. Syok sendiri nampaknya.. huhuhu
Comments
3 Comments

3 ulasan:

JR Online berkata...

Polis palsu memang la jahat, tapi yg sedihnya ada polis betul tapi jahat. Memang jumlah polis jahat sangat kecil, tapi jumlah kecil itulah yg mencalarkan imej polis hingga ada yg secara sinis panggil polis "Polis Raja Di Malaysia" dan bukannya Polis Diraja Malaysia.

Freaky berkata...

emm btol tu jr. polis yang jahat ni pun patut kena hentam...

diana berkata...

polis betul pun sekarang ni banyak yang jahat..
ambik kesempatan..
mentang2 polis boleh buat suka hati..
eh!!emosi pulak..:p

polis kena buat alternatif lain la supaya tak de polis palsu ni..contohnye polis betul ada cop kat dahi..
lambang PDRM..
hehehh

 
Related Posts with Thumbnails