Isnin, 23 Mei 2011

Perempuan kampung dan Bandar

Buka Fb terus dapat idea nak update entri. Persoalan yang diajukan oleh seorang perempuan ni sangat menarik. Dia tanya " Apa perbezaan antara perempuan kampung dan perempuan bandar ? ". Aiyakk ada juga ye persoalan macam ni sampai boleh bezakan perempuan bandar dan kampung. Kadang-kadang kelakar juga ye kaum perempuan kerana benda yang remeh macam ni pun dijadikan persoalan.

Tapi memang persoalan dia sangat menarik. Bagi aku sebagai kaum lelaki, kadang-kadang tu boleh beza antara perempuan bandar dan kampung berdasarkan pemakaian. Bukan perbezaan pemakaian yang seksi dimaksudkan tapi dari segi pemakaian yang Rugged, stylo dan Fesyen. Pada pandangan aku, perempuan bandar ni memang pandai sikit ( Sikit je ) bab pemakaian dan fesyen ni berbanding perempuan kampung.

Memandangkan zaman sekarang dah moden dan kampung sendiri pun dah moden, agak susah la nak bezakan perempuan kampung dan bandar. Sebenarnya buat apa sibuk nak bezakan perempuan kampung dan bandar ? Takde manfaat pun bezakan benda yang remeh macam ni. Lebih baik bezakan mana perempuan yang baik dan juga tidak baik. Mana yang baik kita berkawan, yang tidak baik ? Tak Mo Kawan.. wekkk.
Gambar tiada kaitan dengan entri di atas. :P

p/s : Penat mengemas dan sapu rumah

Comments
14 Comments

14 ulasan:

Lieyda berkata...

sy orang kampung je

mad khaz berkata...

hahaha. sekarang ni dah tak ada beza dah, kadang-kadang yang kampung lagi teruk.

hehe XD

p/s : ko kate suka join segmen,tak nak join abang ben punya segmen?

Firdnurjue berkata...

jue org kg jeak..kg mari...hahahaha

JR Online berkata...

Yang membezakan perempuan bukan asalnya dari mana tapi ialah tahap keimanannya...

Syuxer berkata...

aku setuju ngan JR Online..

Anyez Nasri ツ berkata...

asal ? kmpung je baek-baek ke semua ? grr ~

Ct Aja berkata...

hi3, kmpg ke bndar xpntg, yg pntg budi bahasa..

sarah berkata...

sekarang ne tiada beza perempuan kg dan bandar..terpulang kepada empunya diri..ada wanita dok UK bertahun2 tapi hari2 pakai baju kurung dan baju yang sopan.. tetapi ada juga wanita yang dok di desa tapi agak sosial.... pikir2lah ...

diana berkata...

akak rasa mungkin orang yang tanya tu memfokuskan pada imej la..
dia rasa orang kampung pakaian nye yang murah2 saja..
yng bandar mungkin berjenama jadi citarasa..
bandar atau kampung tak de beza pun sekarang ni..
yang membezakan nya ialah cara kita membawa hidup kita..

cucu umie berkata...

herm, bg ayie sama shje orng kg ngn bndar cuma biaselah orng kg kn lmbt sikit thu pasal formasi semasa n then orng kg pandai gak apa dri orng bndar..huhu

Republic Aku berkata...

kalau kita duduk di KL....semua ada gadis kg atau gadis bandar...susah nak cakap dah...sebenarnya kita belasah jer mana yg datang ...jodohkan sudah tersurat...

Sal Saari berkata...

janji orang malaysia..

suha berkata...

cik suha org kmpong lalala

iyan shazlind berkata...

asal dari mana tu tak penting...yg penting cara pembawakkan diri :)

 
Related Posts with Thumbnails