Rabu, 4 Mei 2011

Oh Cuti !!

Nak blogwalking dengan riang dan balas kunjungan tapi diri aku masih lagi sibuk dan tak berapa nak aman sehingga la habis peperiksaan 7 Mei ni. InsyaAllah selepas habis peperiksaan ni aku akan kembali blogging seperti biasa dan update entri serta balas kunjungan sekerap mungkin.

Waktu cuti panjang semakin hampir tapi aku masih lagi tak tahu nak isi apa dengan masa cuti tu. Mungkin aku akan bekerja daripada menghabiskan masa di rumah tapi buat sebulan yang pertama cuti tu, aku akan hanya bersantai dan tambah lemak saja di rumah.

Masa tu juga aku boleh luangkan banyak masa bersama keluarga dan bantu mak ayah di rumah. Tapi yang aku paling rindu semasa di rumah adalah perasaan tenang tanpa memikirkan masalah yang berat mengenai pembelajaran dan aku boleh menikmati cuti hanya dengan berada di dalam bilik bertemankan laptop, skrin lcd dan speaker. :P

Serius cuti akhir semester sangat best berbanding cuti hujung minggu. Terasa ringan sangat kepala dan dalam hati hanya rasa bahagia je ( Nampak sangat aku tak suka study ) . Walaupun kadang2 ada rasa bosan tapi aku sangat hargai rasa bosan itu.

Ok la jap lagi nak pergi makan steamboat pula dengan kawan-kawan aku. Nanti pulang, aku update pula pasal steamboat. cecece :D
Comments
0 Comments

0 ulasan:

 
Related Posts with Thumbnails