Isnin, 23 Mei 2011

Nafsu di Internet

Nafsu sentiasa mengjar erti 'lazat' apabila seseorg itu mengata, fitnah, mengumpat & merendahkn org lain di belakangnya, FB mnjadikn nafsu 'berkenduri' dek krn mudah & lebih mudahnya proses keji ini tersebar. Fikir dgn iman sblm menaip, bimbng 'muflis' di akhirat..
Kata-kata diatas tadi diambil daripada Fb Zaharuddin.net dan apa yang dikatakannya itu memang benar. Sekarang ni nampak sangat Fb ni lebih banyak digunakan untuk mengumpat atau mengata seseorang itu. Lebih dasyat lagi apabila mengata orang berserta TAG orang lain pula untuk diajak sama-sama mengumpat supaya dapat dosa secara berjemaah.

Orang lain sibuk nak dapat pahala berjemaah tapi di internet lain pula yang berlaku. Tapi persoalan yang bermain di minda aku sebenarnya adalah golongan mana yang sering menjadikan Fb sebagai medium untuk mengumpat dan mengata ?
Nak kata golongan yang berumur linkungan 40 an, aku rasa apa yang mereka post di Fb hanyalah mengenai aktiviti harian macam " Nak makan apa hari ni " , " Petang ni ambil anak kat tuisyen " dan berbagai lagi ucapan yang tiada unsur umpatan atau mengata.

Yang jelas dan terang sedang berlaku di depan mata adalah golongan remaja yang menjadikan Fb sebagai tempat fitnah dan mengumpat. Tak percaya ? cuba la tengok hari ni saja sudah berapa ramai yang post status yang mengandungi unsur-unsur fitnah dan mengumpat serta mengata. Sekarang dah nampak dengan jelas kan ?

p/s : Sama-sama kita hayati peringatan ini dan ambil manfaat.
Comments
10 Comments

10 ulasan:

suha berkata...

betol2..dulu mase dip,kwn cik suha maki2 lecturer kt fb..huhu skali lecturer 2 tau,teruk r dorang time 2..perang dingin..dah hlg adab trhadap cikgu

Noor Idayu binti Azmi berkata...

betol3, den sendiri nampak dowh, malah sangatlah merbahaya sangat2, moga dijauhkan =,=

mad khaz berkata...

setuju. dunia zaman sekarang, fitnah berleluasa.

semoga dijauhkan. insyaAllah :)

diana berkata...

betul la..
biasanya yang berumur ni tak denye nak buat status2 mengumpat ni..
kalau nak mengumpat kami pi kat inbox je..
tak pun kat kotak ceting..
wakakakak

sue perbs.. berkata...

setuju... kdg2 tngk status marah2 la maki2 semua tu... sbnrnye, benda tu reflek empunya badan yg tulis tu sendiri..

nazirah berkata...

yup btul tu .. huhu dulu pun sy cmtu gak.. tp skang ni tulis tak ikut perasaan tp ikt logik :)

abutalib berkata...

Facebook memang tempat sosial...Gunakanlah untuk tujuan yang berfaedah :)

abutalib berkata...

Facebook memang tempat sosial...Gunakanlah untuk tujuan yang berfaedah :)

Bunga berkata...

setuju.. macam tak ada perasaan segan silu, malu mengaibkn org lain. kalau berkongsi untuk kebaikan, banyak pahalanya.

Hisyam Nozi berkata...

Dulu aku pernah gunakan fb sebagai tempat meluahkan perasaan. aku pernah kutuk lecture, kawan sekelas pasal tak puas hati. tapi sekarang ni aku lebih berhati-hati kos nak cakapkan benda kat laman sosial ni. takut nanti dapat dosa free.

 
Related Posts with Thumbnails