Selasa, 17 Mei 2011

Menjadi biadap di Internet

Sikap manusia dalam internet dengan dunia sebenar sangat berbeza. Kalau tak percaya cuba la tengok dalam fb dan blog. Kat luar elok je dan sopan santun gitu tapi bila dalam internet, Huiiiii dahsyat nyeee dia ni !! Ok aku cakap dahsyat sebagai keseluruhan dan bukan tumpu dari segi pemakaian je.

Yang paling seronok adalah mengenai sikap yang berbeza ditonjolkan di dunia luar dan internet. Nampak sangat perbezaan sikap dan menyebabkan aku terfikir kenapa boleh ada sikap macam tu. Yang mana satu sebenarnya personaliti dan sikap dia yang original ? yang kat dunia luar ke ? atau kat dalam internet ?

http://www.laymark.com/i/o/18.gif

Kalau dunia luar sangat sopan dan lemah lembut serta sangat pemurah dengan senyuman ayu. Pertuturan dan ayat yang dicakapkan sangat enak untuk didengar. Tapi bila lihat dan baca di internet. Segala maki hamun dan kata-kata yang meloyakan mata dan telinga pula yang ada.

Kenapa sikap lemah lembut dan sopan santun yang ditunjukkan di dunia luar tidak boleh diaplikasikan di dalam internet ? Adakah kerana apa yang ditonjolkan diluar hanyalah sekadar plastik dan apa yang ditonjolkan dalam internet merupakan diri sendiri yang sebenar ?

Tak payah nak penin kepala fikir benda yang entah apa-apa ni. Nak tegur nanti kata kita ni busy body. Nak nasihat nanti kata kita ni tidak baik sangat. Nak bagi salam pun nanti kata kita nak mengorat. Jadi apa perlu dibuat ? Tak payah buat apa-apa, cukup sekadar memerhati gelagat yang kelakar ini :)
Comments
14 Comments

14 ulasan:

Azmie berkata...

tiada jawapan.. cuma nk ckp org mcm tu sgt bahaya.. sbb dia ada banyak muka.. huhu~~

waN Mohd Salim berkata...

perghhhhhhh sadis wehhh

Atok Cing berkata...

yang santun kat luar n ganas kat dlm boleh thn lg..

tp yg bajet santun kat dlm...bile jumpa kat luar hampehhh..

itu atok xleh nk trima sgt...hha

nmirmo berkata...

hah!!! hurmmm..mmm....apa yang tira rase la kan...mungkinla kan...kalau kat luar..orang nampak...kalau dalam internet..tak nampak mehhh...gambar kan bisa di edit gitu...hehehe...itu pae pendapat tira la...

memang ramai jugak yang macam tu..ape leh wat...kalau mulut orang xleh tutup..ni....line internet...lagi takleh stop..hehehe...err..ade kene mengena kan?? kikiki... ;)

syaimz berkata...

aku baik kat internet jeh,kat luar..haha...brutal sikit...yes,i am a hipokrit/

JR Online berkata...

Sesetengah manusia ketika berada di alam maya menganggap dirinya sebagai halimunan @ hantu. Sebagai halimunan @ hantu dia boleh buat apa saja kerana tiada peraturan yg menghalang dia buat apa yg dia suka. Oleh itu janganlah jadi halimunan atau hantu, jadilah diri sendiri...

kiz berkata...

mcm talam dua muka je..

Firdnurjue berkata...

emmm 2 la pasal,, ramai yang gitu kan???hipokritla gitu..huh!!!!

jeu tak de...cara jue tulis tu macam tu la jue kat luar..always happy..keh3


orang cam nie ignore jeak..lama2 t dia sedo sendirik jeak..hahahaha

Emilia Emira berkata...

kadang2 kat luar dia xboleh nak express ape y dia rasa..tuh pasal dia guna internet jd medium luah perasaan dia kot..;)

diana berkata...

kat tenet akak macam ramah je..kan??
sebenarnya kat luar akak sangat pendiam.
cara penulisan tidak menggambarkan identiti sebenar penulis..:)

diana berkata...

kat tenet akak macam ramah je..kan??
sebenarnya kat luar akak sangat pendiam.
cara penulisan tidak menggambarkan identiti sebenar penulis..:)

lost kitty berkata...

orang kata tulisan cerminan peribadi tapi aku tak setuju sebab itu cuma image dalam cermin

cucu umie berkata...

oits, terase sey aku disini..hehe aku sungguh lain diluar bro.. diri aku diluar dan internet berbeza.. aku jenis yang biase2 shje.. akan ramah paabila orng tu dh lama aku kawan..huhu

missy ieka berkata...

besa weh..manusia ni kan pelakon.xheran la macam2 watak boleh bawak..;p

 
Related Posts with Thumbnails