Rabu, 1 Jun 2011

Mengenai Warna Lipstik Wanita

Bila buat entri pasal lelaki, tak ramai sangat la sambutannya. Lagipun lelaki ni dah boleh agak dan senang sangat nak ramal mereka ni macam mana. Haa kali ni nak beritahu pasal warna lipstik wanita pulak.. Rasanya ramai tak tahu dan even aku sendiri pun tak tahu apa yang aku taip lepas ni. :D . Jom usha kat bawah :

http://www.laymark.com/i/o/117.gif

1. Ungu
Wanita yang memilih warna ungu adalah jenis yang sophisticated dan punya pertahanan diri yang sangat ampuh. Biasanya wanita jenis ini berpegang kuat pada prinsip diri sendiri dan tak gentar dengan orang lain. Rasanya sangat jarang jumpa yang pakai warna ungu.

2.
Pink Berkilat
Wanita yang memilih warna ini dikatakan seorang yang romantis dan berjiwa penyayang. Wanita jenis ini juga tak suka mencari masalah dengan orang lain. Tapi awas, mereka ini agak sensitif sebenarnya walaupun kadangkala dari segi luaran mereka nampak begitu tenang dan rileks.

3. Merah
Wanita yang pilih warna ini suka menjadi perhatian ramai dan punya keyakinan diri yang tinggi. Selain itu wanita seperti ini juga tidak suka dipandang selekeh oleh orang lain. Jangan cuba main-main dengan mereka ni, buruk akibatnya nanti! Tapi sebenarnya wanita yang jenis ni seorang yang baik hati

4.
Lip Gloss Tak Warna
Biasanya wanita yang pakai warna ini ingin kelihatan natural kerana ia tanpa sebarang warna. Paling kurang pun mereka hanya memilih lip gloss yang mengikut warna bibir. Walaupun tanpa sebarang warna, ia tetap memberikan kesan simple yang tersendiri.

5. Oren
Wanita yang memilih oren juga sama seperti si pemakai warna ungu. Wanita yang memilih warna ini adalah seorang yang berdedikasi terhadap kerjaya mahupun pelajaran mereka. Wanita ini juga seorang yang lemah lembut namun memiliki sekeping hati yang keras.

6.
Coklat
Bagi wanita yang memilih warna coklat mereka berpendapat bawah bakat dan keupayaan diri adalah perkara yang lebih penting. Mereka yang memilih warna ini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan stabil dari segi emosi. Mereka juga seorang yang setia.

p/s : Dalam banyak-banyak kaler oren dan coklat sangat jarang jumpa.. wawawa
Comments
13 Comments

13 ulasan:

Anyez Nasri ツ berkata...

love brown k <3

sergeant keroro berkata...

aku suke no 4. haha

weh, bila dah bagitahu tak join pulak, adehh =,="

Anyez Nasri ツ berkata...

tapi , pmpuan selalu-nya me-milih warna lip-stik ikut warna kulet .

elynn aiza ♥ berkata...

ehh saya no 4..!! hehe..

Syuxer berkata...

mujur ko x masukkan yang hitam..kalau hitam..sah dia tuh ahli sihir..simple je heheh

no_answer berkata...

aku suka pink kilat tuh !

terbaek :)

kiz berkata...

tapi yang tak pakai lipstick tu cam ner lak eh?

Nzyrahun berkata...

aku pakai lipbalm lol

Bro Azqar berkata...

TOlong tambahkan point..

7) lips bam
orng yang menjada kesihatan XD huahahaha

yg x pakai.. that means low profle :P

suha berkata...

cik suha xpake lipstik (^_^)
cmne ek?hehe

emeera asnary berkata...

suke 2 N 4.. but more to lipbalm ;)

Emilia Emira berkata...

lip gloss and lip balm..simple past tense sudeyy..hahaha ;))

miss.Addin berkata...

haha if tak pakai lipstick mcm mna ?

btw, Addin yang perempuan ni pun tak tahu benda2 macam ni , HAHA

 
Related Posts with Thumbnails