Khamis, 5 Mei 2011

Lembabnya otak kau

kadang-kadang kita sering terdengar perkataan " Lembabnya otak kau " yang disebut oleh orang-orang yang kononnya mereka ni sangat bijak dan pandai. Sebenarnya ayat macam tu langsung tidak layak disebut oleh sesiapa kepada sesiapa pun kerana setiap orang pasti ada kelemahan yang tersendiri.

Jika kita begitu laju mengatakan bahawa otak seseorang itu lembab dalam memahami sesuatu, maka otak kita sebenarnya lagi lembab kerana tidak mampu berfikir dan memahami perasaan orang lain. Ingatlah kata-kata itu adalah doa dan aku bimbang kalau kita mendoakan sesuatu yang tidak baik terhadap orang lain, nanti doa itu akan terkena kembali kepada kita.

http://www.laymark.com/i/o/11.gif

Jadi sebelum nak kata kat seseorang itu maka beringatlah bahawa kita dulu masa kecik pun otak lembab juga. Nak mengeja A , B dan C pun tergagap dan tercungap apatah lagi nak buat matematik. Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan jadi gunakan kelebihan otak yang cerdas tu untuk menjaga hati dan perasaan orang lain.
Comments
2 Comments

2 ulasan:

rafiq berkata...

tu jenis cakap main lepas.
cakap orang 1 kena balik kat dia 4.

Freaky berkata...

haha 4 kene kat dia ? banyak tu

 
Related Posts with Thumbnails