Rabu, 25 Mei 2011

Khayal Punya Pasal

Siapa yang khayal ? kenapa khayal ? adakah kerana telan apa-apa pil yang menyebabkan khayal ? sebenarnya bukan khayal, cuma mamai je yang banyak berlaku kat aku pada hari ini. Hari ni aku mamai sebanyak 3 kali yang bermula sejak pagi tadi lagi. Tak tahu la kenapa otak lembab sikit pada hari ni sampai banyak sangat mamai.

1. Pagi tadi sebelum mak pergi kerja, mak cakap yang dia dah beli nasi bungkus dan diletakkan atas meja depan tv. Aku pun sambung tidur jap dan bila bangun cari nasi bungkus atas meja, aku hanya nampak plastik yang besar je tapi tak nampak nasi bungkus. Aku fikir mungkin mak letak kat lain nasi tu. Masa kat dapur baru aku terfikir bahawa nasi mungkin ada dalam plastik tu. Bila buka plastik, memang ada nasi bungkus. adoii mamai.

2. Tengah hari aku duk sms dengan kekasihku, ernie musliana. Tibe2 sampai 1 sms bertulis " Masak nasi " . Aku ingat tu sms daripada ernie, jadi aku balas " Ok sayang, pergi la masak nasi tu dulu ". Balik rumah mak aku kata nak muntah baca sms yang aku hantar. Aku jadi pelik la dan apa yang nak muntah ? Rupa-rupanya yang antar sms " masak nasi " tu adalah mak aku. hahaha kantoi sudah dengan mak. adoii mamai.

http://www.laymark.com/i/o/13.gif

3. Lepas kantoi dengan mak pasal sms tadi, aku pergi masak nasi. Lepas cuci beras 3 kali, aku letak je periuk tu kat dalam electric cooker. Lepas 30 minit aku pergi tengok keadaan sama ada nasi dah masak ke belum. Rupanya suis tak On dan nasi tak masak dari tadi lagi. Adoii mamai...

p/s : Lepas ni tak tahu la akan mamai ape lagi.
Comments
11 Comments

11 ulasan:

mOon jOhari berkata...

hahaha...adakah anda masih di bawah paras khayal sekarang???
no.2 tuh paling best!

mad khaz berkata...

hahaha. sengal.

"okay sayang, pegilah blogging dulu"

kih kih XD

cucu umie berkata...

haha..hang nie mamai lg ker?? dh pukul bper lh bro..wake up ah..hauahau

Syazwan berkata...

bang..bangun..dah petang nie ;)

JR Online berkata...

Kalau ayah Freaky tengok SMS tu tentu dia cemburu!!

cik azeya berkata...

hahahahhaa. sengal lah kamu.

misz farahniza berkata...

hahaha..
dan mak pun membalas "syg tu yang pergi masak nasik!!!"
hahaha

Adeela Oh Lala berkata...

haha , entah hape hape ar ko nie ?
mimpi apa la smpai teruk sgt jadik cmtuh . hihi.
btw, ko ingt lgi tak aku?
aku penah follow belog ko dulu.ko budak unimap kan? kawan judeng , hihi
tp aku dah delete belog tu,.
now dah ada yg baru.
jgn lupe singgah tau !

http://adeelaohlala.blogspot.com

nelly berkata...

kalau nelly tak switch on kan , sellu kna mara ~
=='

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

hahaa . lawak2 ! hamek kw sekali mak yang baca . kantoi sudah . ni masih mamai ke ni ?

diana berkata...

kamu makan apa sebelum tidur tu...??

 
Related Posts with Thumbnails