Ahad, 8 Mei 2011

Kenangan yang menunjukkan betapa mak aku sangat sayang kat aku

Memandangkan ramai buat post mengenai ibu di Fb dan juga blog, aku pon nak join sama tapi aku takkan buat ucapan atau penghargaan. Aku hanya nak tulis kenangan yang menunjukkan emak aku sangat sayang kat aku.

Dulu aku pernah sakit tahap kritikal juga iaitu pada masa tingkatan 4 dan sakit aku tu menyebabkan aku perlu dibedah untuk sembuh. Pada hari aku akan dibedah, selepas subuh, mak aku datang menjenguk aku di Wad sebelum aku dibawa ke bilik bedah.

Mulanya aku dan mak sembang macam biasa dan mak ada bertanya kat aku ada rasa gementar tak untuk dibedah jap lagi. Aku kata la takde rasa takut apa pun kerana masa tu aku tak nak la buat mak aku susah hati.

Mak aku kemudian bangun dari kerusi dan capai beg tangan die kat belakang katil aku. Aku nampak mak aku ambil tisu dan lepas tu aku tak tengok mak kat belakang. Tiba-tiba mak aku dah peluk aku dari belakang sambil menangis teresak-esak.

Aku jadi kaku dan tak tahu nak buat apa kerana aku x pernah tengok dan dengar mak aku menangis macam ni. Aku hanya biarkan mak menangis sambil peluk aku buat seketika dan kemudian aku cakap kat mak aku " Takde ape la mak, selamat punya. mak jangan la nangis. doktor dah cakap insyaAllah takde pape "

Kemudian mak aku pun lepaskan pelukan sambil lapkan air mata dia dengan tisu. Pada masa tu aku pun dah sebak tapi aku tak nangis. Aku taknak buat mak aku sedih lagi. Dan sebelum aku masuk bilik bedah, aku senyum kat mak aku.

Tu la pengalaman aku yang paling menyentuh hati yang menunjukkan betapa mak aku sangat sayang kat aku.
Comments
3 Comments

3 ulasan:

aliarosli berkata...

sedih

mak la yang sentiasa risau anaknya sakit

mak juga yang happy anaknya gembira dan berjaya

Freaky berkata...

alia : betol tu :)

kiz berkata...

kasihnya ibu tiada sempadan..dalam apa juga keadaan..ibu sentiasa berkorban demi anak tercinta

 
Related Posts with Thumbnails