Isnin, 2 Mei 2011

JBP : Mengenai Pertolongan

Jom bagi pendapat ( JBP ) kali ni, aku akan cakap pasal bantuan / pertolongan.

Orang kata kalau kita berbuat baik, maka akan dibalas dengan kebaikan juga. Jadi kalau kita suka tolong orang maka orang pun akan tolong kita jika kita dalam kesusahan. Tapi bagaimana pula kalau kita selalu tolong orang tapi orang tak tolong kita di saat kita memerlukan pertolongan ?


Adakah kerana pertolongan / bantuan yang kita bagi itu tidak ikhlas atau memang ade orang yang suka ambil kesempatan diatas kerajinan kita memberi bantuan ? Aku sendiri pun bukan jenis yang ringan tolong orang kerana masalah diri sendiri pun tidak dapat nak selesaikan apatah lagi nak tolong orang.

Pada pendapat aku sangat mudah je, bukan semua yang kita tolong akan menolong kita kembali di saat kesusahan. Mungkin pendapat aku ni sangat close minded tapi untuk elak timbulnya perasaan sakit hati, aku lebih selesa dengan prinsip aku yang close minded ni.

Lebih kecewa dan menyakitkan hati apabila orang yang kita pernah bantu tidak mempedulikan atau tidak cuba memberi bantuan kepada kita semasa kesusahan. Jadi aku pun ambil langkah mudah dengan tidak mempedulikan orang itu disaat dia memerlukan kembali bantuan aku.

p/s : Patut ke aku bagi bantuan lagi kat dia ni ??
Comments
4 Comments

4 ulasan:

Far8 budak baik berkata...

x patut..hahaha
kejam ar aku ekk.
tapi mmg ar..kita dh tolong
time dy susah..
time kita susah dy tak tolong kita..
pastu dy cari kita balik..
marah marah hehe

rafiq berkata...

tak boleh macam tu. kita ambil yang baik. baik di balas baik. jahat juga dibalas baik. ni la sunah nabi.

kita tak boleh tuntut hak setelah kita menunaikan hak.

amalan yang tak ikhlas hanya akan bawa sia-sia. tidak ada ganjaran bg amalan yang tak ikhlas.

Cik Cempaka berkata...

klu kite ikhlas, tentu lah tak mengharapkan balasan kan

klu dia tak balas pun, maybe akan ada orang lain yang akan bantu kita nanti.

Freaky berkata...

far8 : aku pon berat hati nak tolong die lagi

rafiq : x tuntut cume kecik ati jugak la bile jadi mcm ni.. huhu thanx bro

cik : x de mengharapkan balasan tapi cume kecik ati je

 
Related Posts with Thumbnails