Ahad, 8 Mei 2011

Entri pendek je

Aku ni pemalas orangnya. Malas nak membaca dan malas nak menaip entri di blog. Sebab tu entri blog ni aku buat pendek je sekitar 3 hingga 4 perenggan. Paling panjang pun ada la dalam 5 perenggan.

Dulu aku selalu jugak buat entri panjang yang sebijik macam esaimen pelajar universiti. Kiranya dalam entri yang panjang tu aku cerita kaw-kaw dan detail mengenai apa yang aku buat pada hari tersebut. Masa tu blog aku sebagai diari je.

http://www.laymark.com/i/o/36.gif

Lepas tu bila aku blogwalking aku jadi malas pula nak baca entri yang panjang ni. Jadi aku pun dengan sendiri terfikir bahawa entri panjang yang aku buat kat blog aku ni pun mungkin ada orang malas nak baca, sama kes macam aku.

Bermula dari saat tu aku buat entri yang sederhana dan pendek je. Aku cuba padatkan apa yang aku nak cakap dan tiada kiasan metafora atau hiperbola digunakan untuk panjangkan entri aku. Pendek, ringkas, padat , BOOM !!.. Boom la sangat, perasan betol aku ni.

p/s : Yang paling penting entri tu dapat tarik minat orang untuk baca. Tak kisah la pendek atau panjang entri tu :)
Comments
3 Comments

3 ulasan:

Anyez Nasri ツ berkata...

jngan pnjang-pnjang , anyez baca se-kerat . haha .

Republic Aku berkata...

biar pendek dan mudah ,sekali sekala jer buat berjela2...hehe

Freaky berkata...

anyez : haha jahat tu bace sekerat je

republic : betol tu bro. kadang2 je berjela takpe

 
Related Posts with Thumbnails