Isnin, 30 Mei 2011

Ciri-ciri wanita yang Malang

Macam mana ye ciri-ciri wanita yang malang ni ? Kepada kaum lelaki, jangan kahwini wanita yang ada ciri-ciri yang disebutkan dalam entri ni. Nanti tak pasal-pasal sengsara sepanjang berumah tangga.. huhu

1. Wanita Hananah: wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain. Kasihan kat suami kalau dapat isteri macam ni.

2. Wanita Ananah: Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit. Ape motif wanita buat-buat sakit ye ? sebab mahu dimanja ke ?

3. Wanita Mananah: Wanita yang suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, ?Aku membuat itu keranamu?. Kalau dapat yang ni, habis semua benda dia ungkit.. huuu bahaya tol

4. Wanita Syadaqah: Wanita yang banyak cakap tidak menentu lagi bising.

5. Wanita Hadaqah: Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Kalau banglo yang dipandangnya, maka banglo itu la yang disuruh suaminya suruh beli.. Lingkup la kalau dapat yang ni. huhu

6. Wanita Baraqah: makna pertama, yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya. Depan rezeki pun nak marah.. adoii..
Comments
6 Comments

6 ulasan:

JR Online berkata...

Wanita sekarang ramai yg queen control, maklumlah gaji lebih tinggi dari suami..Kalau queen control pula masuk kategori mana?

suha berkata...

moga cik suha xtermasuk dlm kategori2 ni(^_^)
nak jd isteri yg baek kpd suami yg baek hehe

KM7 berkata...

jadilah wanita yang solehah :)

nelly berkata...

uik ?
saya ke ?

sergeant keroro berkata...

hahaha. freaky kembali dengan update setiap masa :P

setiap perempuan pasti ada setiap satu sifat di atas, yang membezakan nya adalah sifat mahmudah yang ada pada diri mereka :D

Lulu Rahman berkata...

err , moga dijauhkan dari sifat diatas . amin

 
Related Posts with Thumbnails