Isnin, 30 Mei 2011

Cara Wanita Berjalan

Sebenarnya melihat cara wanita berjalan pun sudah dapat tahu rahsia yang ada pada dirinya. Jadi lepas ni wanita perlulah berhati-hati dan menjaga cara berjalan kerana anda mungkin selalu diperhatikan untuk mengetahui peribadi anda. Jom usha cara wanita berjalan kat bawah :

1. Wanita yang berjalan sentiasa pandang / toleh ke kiri dan kanan. Wanita seperti ini pandai menyimpan rahsia walaupun ada yang menganggap mereka ini tidak jujur, suka menipu, namun ramai juga lelaki yang cuba untuk menakluki hatinya.

2. Berjalan menatap terus ke depan. Wanita seperti ni memiliki pendirian yang sangat teguh dan susah nak menggoncangkan keimanan. Jika tidak mahu mendengar leterannya yang panjang berjela, jangan sesekali melawan apa yang dikatakannya. Kebiasaannya wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang orang yang berpengalaman luas.

3. Wanita yang kalau dipandang daripada belakang, cara berjalannya seperti tidak memijak tanah ( berginjat ) . Wanita macam ni seorang yang tidak jujur dan mulutnya sangat laser serta mempunyai ego yang sangat tinggi. Yang lagi dasyat wanita ini pemboros dan suka membazirkan wang tanpa berfikir sebelum berbelanja.

4. Berjalan secara menunduk. Wanita macam ni seorang yang bersifat tertutup dan mereka hanya berkawan dengan orang-orang yang rapat sahaja. Mereka juga berhati-hati memilih kawan yang boleh berkongsi rahsia. Jika ada lelaki yang menawan hati wanita seperti ini, maka lelaki itu akan menemui kebahagiaan kerana wanita ini seorang yang jujur dan setia serta tidak akan mengkhianati pasangan.

5. Berjalan dengan badan bergerak ke kiri dan kanan. Wanita yang berjalan dengan gaya yang macam ini tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku dan semua masalah dianggap kecil. Kerana sifatnya yang suka ambil jalan mudah, banyak masalah yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Wanita yang ketika melangkahkan kaki , badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita macam ni mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

7. Wanita berjalan dengan badan yang nampak menegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri dan dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Yang menarik bagi wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Wanita ini juga menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
Comments
13 Comments

13 ulasan:

Domo Mega berkata...

hush...pandai betul awk mencari idea2 yg bernas ttg tajuk ini...saya tanya kakak saya tdi...dia cakap cara saya berjalan no 1 dan 4....hohoho...ntah betul ke tidak kakak saye tu =_="

emeera asnary berkata...

no 1 tu wajib.. haha.. yg laen.. urm.. oke lah, nice entry ;)

ieda berkata...

best2 .. boleh dikatakan semua betul ! :))

mas saari berkata...

akak no.4...hehehehe

Almari Si Pari-Pari berkata...

saya nombor 2 kot :0

anismelon berkata...

huuuu...nice nice..anis no 2 ngn 4 kot..tp bile selisih ngn laki la..wahah..yeke pon..

syaz@rozelt berkata...

menarik!..boleh ke ciri2 berjalan lebih dari satu?

Mr feckry berkata...

wa rasa lu selalu usha awek la

miss.Addin berkata...

nice info ! :)

haha cara berjalan pun tersembunyi sesuatu kan .

kiz berkata...

naseb baik aku tak terlibat...haha..nanti aku usha orang gumah aku jap..huhu

sergeant keroro berkata...

hahaha, ko rasa aku no berape? kih kih

AmyZana berkata...

nice entry ! seriusly ! hehe. sye nombor satu dengan terakhir kot..entah... 0_0

qlah berkata...

salam .

wah , nice info .

*wah . dari gaya2 , tuan blog ni banyak memerhati ea ? XD

 
Related Posts with Thumbnails