Selasa, 24 Mei 2011

Benci Doktor Gigi

Ops sebenarnya takde benci kat doktor gigi mahupun kat siapa-siapa. Tak baik tau benci kat orang lain, nanti ramai lagi orang yang akan benci kita. Kali ni tiba-tiba teringat kenangan semasa zaman sekolah rendah iaitu kenangan memegang sekeping kad sambil menuju ke klinik gigi di sekolah. Anda semua mesti pernah kena macam ni jugak kan masa sekolah rendah dulu ?

Kita punya la excited dan seronok duk belajar dalam kelas kemudian datang seorang nurse sambil memegang kad. Lepas tu dia panggil nama-nama yang berkaitan untuk menjalani pemeriksaan gigi. Fuh bagi aku, pengalaman dipanggil untuk periksa gigi la paling tak suka, paling ngeri, paling menyampah dan berbagai jenis paling lagi yang aku tak dapat nak cakap.

http://www.laymark.com/i/o/45.gif

Masa nama dipanggil tu dah mula rasa takot gila. Nak pergi ke klinik pun dengan berat hati tapi kalau tak pergi nanti nurse cari jugak. Walaupun dalam hati sangat berdebar dan kaki menggeletar, tetap pergi jugak ke klinik tu. Last sekali tak ada cabut gigi pun, cuma periksa dan cuci mana yang patut. Tu pun jantung dah kencang macam nak meletop debarannya.

Tapi mujur la sepanjang aku berada di sekolah rendah, tak pernah kene cabut gigi kat klinik gigi di sekolah tu. Ada seorang kawan dalam kelas ni, masa nama dipanggil senyum dengan riang je untuk pergi ke klinik. Pastu bila balik ke kelas, hanya muka sedih dan linangan air mata jatuh ke pipi.. Kat mulut ada segumpal kapas nampak warna merah darah. Hahaha kesian kena cabut gigi..

p/s : Seramnyaaa doktor gigi...


Comments
13 Comments

13 ulasan:

mad khaz berkata...

aku pon takut, nak nak bile tengok jarum besor. huh!

serius takut weh. XD

Srikandi Bonda berkata...

betul2. takut bila misi panggil utk inject. huhuu

Syazwan berkata...

same experience bro!

Mohd Ridhuan berkata...

ak pernah kene cabut gigi n tampal r time sekolah...
tu la kecik selalu mkn gule2...
huuhuhuhu...

shahira :) berkata...

haha, tak penah kena la pulak, :D tp mmg klaka jgk tngok mmbe time kecik2 dulu kena..adoiii.. :p

syaimz berkata...

aku suka jumpa doktor gigi.
asalkan dia bersihkan gigi aku,
biar nampak hensem,kacak & bergaya.haha

Hisyam Nozi berkata...

Sepanjang sekolah aku tak pernah lagi kena cabut gigi. tapi kena tampal pernah la, serius aku cakap best kena tampal gigi. rasa ngilu.

nureenina berkata...

huhu..kelakar jer..dy x makan org la..lalalala :P

kiz berkata...

aku tak takut cabut gigi..tapi aku takut jarum yang nak bius tu..serius..memang fobia ngan jarum..huhu

k.h.a.l.i.l.a berkata...

hahaa.... last cabut gigi darjah 2 kut

cucu umie berkata...

alhamdi\ulilah ayie xpernah kne cabut @ kne cuci gig mase sekolah dulu..huhu

menusuk hati berkata...

nurse yang ajar tu lawa x?hik!

Khairy berkata...

what can i say it is a normal feeling when u see the dentist....aku dulu takde la takut sgt pn, mgkin ada hikmah juga...sbb aku skrg ni pn aku ni seorang dentist...hehe

 
Related Posts with Thumbnails