Ahad, 8 Mei 2011

Ayah dan anak

Ayah : Firdaus nak balik bila ?

Aku : aaa jumaat minggu depan pun ok ayah

Ayah : ok jumaat minggu depan ayah datang mari ambil. Minggu ni nak buat apa sebab peperiksaan dah habis ?

Aku : Mungkin pergi jalan-jalan dulu kot. jalan-jalan pusing perlis dan kedah ke.

Ayah : jalan-jalan pusing kedah ? aaa ok, duit ada lagi ke ?

Aku : Ada lagi sikit. Sempat untuk pergi jalan-jalan dan sampai jumaat ni.

Ayah : Ok takpe nanti esok ayah masukkan duit sikit.


Ok tu perbualan telefon antara aku dan ayah aku kat telefon semalam. Ayah aku sangat baik kerana nak datang jemput aku di Perlis ni dan sempat lagi nak topup duit walaupun aku masih ada duit untuk tampung sehingga hari jumaat ini.

Tu pengorbanan ayah untuk seorang anak. Sanggup datang ke Perlis untuk jemput anaknya dan sentiasa memastikan anaknya cukup belanja semasa di perantauan. Tapi adakah anak akan balas balik jasa baik ayah apabila ayah dah tua dan sakit pada masa hadapan ?

Dalam diri, aku sentiasa berdoa dan berdoa kepada Allah agar apabila aku dah berkerjaya dan berkeluarga sendiri suatu hari nanti, aku tidak lupa dan tidak penat untuk menjalankan tanggungjawab menjaga ibu bapa aku yang sudah tua.
Comments
5 Comments

5 ulasan:

rafiq berkata...

aminnn.
terharu*

diana berkata...

amin..
pegang kata2 kamu tu..
jangan nanti dah ada bini ikut cakap bini saja..
heheh..
bukan pe,zaman sekarang banyak yang macam tu..

Syuxer berkata...

inilah anak yang soleh..:)..bagus2 bro..pegang kata2 ko tuh..insyaAllah tenang mak ayah ko..

Freaky berkata...

rafiq : aminn

diana : baik diana. InsyaAllah akan pegang pada apa yang dicakapkan ini

syuxer : :)

missy ieka berkata...

betol2..insyaallah daus,if niat kite da betul,baik,kejayaan senang untuk kite capai.INSYAALLAH !=))

 
Related Posts with Thumbnails