Jumaat, 6 Mei 2011

Aku risau kesihatan

Dalam sibuk dan kalut sedang belajar, aku tiba-tiba terfikir mengenai kesihatan aku pada masa hadapan. Walaupun aku ni jenis yang susah dapat sakit macam demam atau penyakit lain, tapi aku takut masa hadapan atau bila umur dah meningkat pelbagai jenis penyakit datang.

Aku ni dah la jenis yang malas bersenam lepas tu makan pula jenis tak kawal. Oh ya aku juga seorang yang tak suka makan sayur-sayuran atau boleh kata Anti-Vegie. Bila terfikir pasal kesihatan ni, aku selalu teringat pesan emak kat rumah yang sentiasa menyuruh aku melakukan senaman.

Mak aku selalu berpesan macam tu kerana dia masa muda mudi dulu seorang atlit dan bila dapat anak yang macam aku yang malas bersenam ni, dia jadi sangat risau dan susah hati kalau dalam seminggu tu aku langsung x beriadah atau melakukan senaman.
http://www.laymark.com/i/o/65.gif

Balik rumah ni mesti aku kene ceramah kat mak aku sebab badan dah naik. Lepas tu pada setiap petang pasti mak aku ketuk bilik dan halau aku keluar rumah supaya pergi beriadah dan ambil angin di pantai.

p/s : Rumah aku dekat dengan pantai.. rindu pantai... :D
Comments
4 Comments

4 ulasan:

Kak Rosaliza berkata...

Assalam freaky..harap2 tak adalah penyakit yg merbahaya nnt..cuma kolestrol je lah, mungkin tinggi untuk jangka masa yg panjang nnt

nelly berkata...

wah .bersenam selalu lah ya ~
hehehe

Freaky berkata...

kak : ooo bahaya jugak kolestrol tu kak

nelly : baik nelly :D

Tanpa Nama berkata...

–éHola!

Que palabras... La frase fenomenal, admirable
http://easyddl.cz.cc/
Doggy

 
Related Posts with Thumbnails