Khamis, 5 Mei 2011

Aku rajin dan malas

Ok sebenarnya aku ni rajin tapi aku malas. Macam mana pulak tu ? Apa yang aku rajin adalah tidur. kalau boleh memang tiap masa aku nak tidur dan tak mahu berganjak pun daripada katil yang lembut lagi best ini. Sebelum tidur boleh mengelamun, berkhayal pasal blog aku disukai ramai orang dan aku jadi sangat terkenal.

Ok tu semua mengarut je, kan dah cakap tu hanya la berkhayal sebelum tidur. Perkara yang aku malas buat juga adalah tidur. Bak kata kawan serumah aku, " Hidup tak ada life kalau asyik tidur je " . Betol juga apa yang dia cakap tu. Kalau tidur je tiap masa, maka tak rasa la kehidupan sebenar. Yang rasa adalah kehidupan dalam tidur je.

http://www.laymark.com/i/o/16.gif

Apa yang menyebabkan aku malas untuk tidur adalah aku rasa bila asyik tidur je, masa dihabiskan dengan macam tu je tanpa melakukan aktiviti yang berfaedah. Sepatutnya dalam usia aku yang muda ni, aku kena banyak buat aktiviti yang berfaedah berbanding tidur yang kerap.

Bila dah habis peperiksaan dan aku balik kat rumah, aku akan cuba kurangkan masa untuk tidur. Aku nak tidur bila terlalu penat saja. Walaupun tidur tu adalah rehat tapi kalau kerap sangat tidur pun tak elok juga. Nanti otak jadi slow sebab kerap sangat tido.
Comments
3 Comments

3 ulasan:

anamizu berkata...

baguslah daus ni malas tido..hihi

rafiq berkata...

selamat mengurangkan tidur..

Freaky berkata...

anamizu : hehe tapi tdo gak

rafiq : hehe harap2 mcm tu la

 
Related Posts with Thumbnails