Jumaat, 20 Mei 2011

Aku ceraikan Kau


Khutbah jumaat tadi mengenai institusi perkahwinan dalam islam tapi yang dapat menarik perhatian aku adalah pasal kes penceraian. Apa yang disebut dalam khutbah tadi, kadar penceraian semakin meningkat setiap tahun dengan purata 4 kes penceraian untuk setiap 1 jam.

Perghhh rupanya ramai gila pasangan yang bercerai sampaikan purata boleh cecah 4 penceraian dalam 1 jam. Kalau dalam sehari, purata penceraian adalah 96 kes. Mak aih aku rasa lebih ramai pasangan yang bercerai daripada yang berkahwin dan statistik ni telah berjaya men-saiko aku. Apsal aku mudah sangat ter-saiko ?

Sebenarnya tak saiko pun. Antara sebab utama yang berlaku penceraian adalah kerana kurang perhatian dalam agama dan juga kurang menghargai pasangan. Jadi kepada pasangan yang baru nak kahwin atau baru saja melansungkan perkahwinan, anda perlu la memberi perhatian yang lebih dalam agama dan juga menghargai pasangan supaya perkahwinan itu berkekalan selamanya.

p/s : Nak tulis panjang2 takde idea dan pengalaman bab kahwin ni :P
Comments
10 Comments

10 ulasan:

NuSaNa NoSa 91 berkata...

antara sbb lain ialah sbb bosan.. =.="

cik azeya berkata...

sebab yang lain ialah orang ketiga dan masing masing gatal. -_-

nazirah berkata...

wah gud2
isu ni bole dikupas lagi kan

blackroses berkata...

mintak dijauhkan

mad khaz berkata...

hehe,ceyh. aku pon nak update sal khutbah jumaat.

haha.

sebabnye, kurang kepercayaan, dan macam2 lah. minta dijauhkan. :)

Republic Aku berkata...

i jam 4 org kira ok lagi ...arab saudi lagi teruk ...1 min berapa org ntah lupa ....aku terbaca berita luar negara tempoh hari...


bercerai ...kadang2 kerana jodoh...jodoh tiada lagi ...mudahkan.

miss.Addin berkata...

wow ! 4 kes dlm 1 jam ? superb ! HOHO

rafiq berkata...

kebanyakan mesti orang muda. masing2 takde experience lagi orang kata.

Firdnurjue berkata...

tula cerai tu cam da jadi habit kan..xsuka cerai da jemu cerai..aishhh pea la nak jadi dunia nie...emmmmm

mas saari berkata...

macam tulah kalau matlamat perkahwinan tu disalah ertikan!

berkahwin hanya sekadar nafsu semata-mata...

 
Related Posts with Thumbnails