Ahad, 8 Mei 2011

Adoiyai Makcik Melatah

Malam ni ingat nak pergi makan ala western macam beger atau chiken chop tapi terpaksa batal sebab kenderaan ada orang pinjam. Jadi aku pun pergi la kat kedai sebelah kolej kediaman ni dan order nasi goreng ayam + telur mata + teh ais.

Masa duk tunggu makanan tu siap, aku tengok la gelagat seorang makcik kat kedai tu. Dia duk mesin ais untuk buat ABC pastu tiba-tiba ais tu macam terpelanting dan jatuh ke bawah. Mak cik tu pun melatah la dengan berbagai jenis ayat yang keluar.

Aku yang tengah takde mood tiba-tiba jadi geli hati dan duk gelak sorang2 kat gerai tu sambil tengok makcik tu melatah. Lepas tu makcik tu pun ambil ais yang terpelanting tadi dan pergi basuh kat sinki.

Kemudian dia masukkan kembali ais tadi dan teruskan usaha membuat ABC. Tak sampai seminit lepas tu ais tu pun kembali terpelanting macam tadi dan sekali lagi aku dengar mak cik tu melatah. Adoiyai geli hati aku tengok gelagat mak cik tu melatah dan nasib baik takde perkataan lucah dituturkan semasa melatah.

http://www.laymark.com/i/o/47.gif

p/s : Sambil makan nasi goreng aku tergelak teringat kat makcik yang melatah tu dengan tersembur makanan aku.
Comments
9 Comments

9 ulasan:

aza berkata...

isk2...cian mak cik tu...

heee

aliarosli berkata...

amboi, teruk nau melatahnye

hahhahahhaha

Miss dorayAki berkata...

melatah krg2 myeronokkan bg yg mendengar tp kesian dekat pelatah tu pun ade. huhu

anamizu berkata...

cian makcik tu..hik3

Far8 budak baik berkata...

wehh..aku pun melatah tahu..
hak3...terpelantik lah pape pun..
mmg melatah hak3

ღSya berkata...

sian kt mkcik 2.. hik2...

betol 2 miss dorayaki.. kekdng sian gak tgk owg y melatah nie.. bkn hape, cz sbnarnye letey ble dy mlatah 2.. tmbh2 lg kalo ade owg sakat. xbrenti2 laa mlatah dy 2..

.digital kelok berkata...

hehe.. kelakar. kelakar.kelakar.

Emilia Emira berkata...

hahaha kalau pergi cuit dye mesti lagi melatah kan...kdg2 memang kesian but klaka kot...;)

Freaky berkata...

aza : ha ah memang kesian kat die

alia: takde la teruk sangat. huhu

dorayaki : memang kesian kat org yang melatah tu

anamizu : huhuhu

far8 : haha ko jenis melatah ke ?

sya : melatah x berhenti. kesian tol kalo jd cetu

digital : :D

emilia : haha x bek tau usik makcik tu

 
Related Posts with Thumbnails