Khamis, 28 April 2011

Tensen Panas

Dalam banyak-banyak perkara entri aku tulis, yang sering aku beritahu adalah mengenai kepanasan yang melanda di negeri Perlis, dan sekarang aku mahu tulis lagi mengenai negeri Perlis sedang mengalami musim panas yang teruk sampaikan pendingin udara aku pon x mampu mengeluarkan udara yang dingin akibat terlampau panas.

http://www.laymark.com/i/o/118.gif

Aku pon x tahu kenapa la Perlis ni panas sangat, nak kata negeri ini dilimpahi dengan hutan konkrit, itu sesuatu yang tidak munasabah kerana Perlis dipenuhi dengan pemandangan hijau yang menyejukkan mata dan juga sawah padi yang indah.

Bila cuaca panas macam ni, nak tido pon x seronok sebab nanti akan berpeluh semasa tido dan aku betol2 x suka. Buat masa ni aku hanya duduk di depan pendingin udara dan berharap udara menjadi dingin walaupun aku tahu ia tidak akan berlaku dalam situasi macam ni.

Secara tibe2 aku terasa nak makan Cendol Pulut yang sejuk itu. Dah agak lama aku x makan cendol pulut dan kalau dapat makan dalam cuaca yang panas ni mesti sangat best. Tapi tang mana nak cari cendol pulut? kat kolej kediaman unimap ni dah takde jual cendol. Dulu ade la juga jual dan aku sering beli kat situ tapi sekarang dah takde.

p/s: Perot tengah lapar ni sebab x makan lagi...
Comments
3 Comments

3 ulasan:

Cik Cempaka berkata...

Ish, kite kalau balik kampung kat utagha sana...mak aihh tak boleh nak duduk..panas sangat...

Syuxer berkata...

sini kat kelantan pun panas gak..huhuh..good luck in ur exam bro..

Freaky berkata...

cik : memang panas btol kat utara ni

syuxer : kelate pon panas ? thanx :)

 
Related Posts with Thumbnails