Khamis, 21 April 2011

Sembang Biasa

Aku baru je balik daripada makan sebab hari ni tak makan langsung lagi dan tadi makan nasi kandar kat kuala perlis. Nasi Kandar yang aku makan tadi sangat sedap tapi sayangnya sangat mahal dan kene RM 8 berlaukkan ayam goreng dan daging serta teh ais.

Lain kali x nak makan kat tempat tu lagi dah. Masa aku tengah makan tadi, ada tengok kanak-kanak yang sedang bermain bola. Bile tengok diorang main, aku macam teringat pula zaman kanak2 aku. Bermain dengan riang dan tak perlu fikir perkara yang serabutkan kepala.

Haa tu zaman kanak2 yang penuh riang dan gelak ketawa tapi sampai bile mahu menjadi kanak2 ? dunia semakin hari semakin mencabar dan semangat yang tinggi amat diperlukan dalam mengharungi arus dunia yang penuh dengan pancaroba. Pergh ayat aku macam tengah tulis karangan bahasa melayu je ni...

Kembali pada ape yang aku nak buat pada malam ni, aku kene siapkan laporan penuh mengenai projek Digital Stopwatch aku dan lepas je habis siapkan laporan dan pembentangan pada esok hari, maka bole la aku mengulangkaji pelajaran dengan tenang.

Ok la mahu mandi manda dan berehat sekejap. Lepas tu buat laporan penuh dan kalau sempat habis awal, akan update blog pula..
Comments
6 Comments

6 ulasan:

kiz berkata...

huu..sibuk sesangat eh..

JR Online berkata...

Kesian Freaky sibuk memanjang...

Anati Soki berkata...

ckp pasal nasi kandar.. hurm.. apa2 pun..tak da nasi kandar lain yg boleh fight dngan nasi kandar penang mali... heeee

rafiq berkata...

apesal mahal sangat? ade emas ke dalam nasi tu.

C's stuff berkata...

nasi kandar . fuhh .

Freaky berkata...

kiz : memang sangat sibuk kiz

jr : lepas ni x sibuk dah jr :)

anati : yang tu memang power !!!

rafiq : tak tau la bro ade emas ape dalam nasi tuh

c's : fuhhh sedap

 
Related Posts with Thumbnails