Isnin, 11 April 2011

Rindu Kawan Matrik

Bab update blog sangat rajin, kalau semangat nak study tu entah sampai ke tua pun x muncul lagi. Setiap hari tak tahu la ape yang dibuat sampai jadi pemalas macam ni. Self motivate langsung takde dalam diri, macam mana la nak berjaya kalau terus macam ni.

Malas la nak cakap pasal study. Skang sangat takde mood dan sangat rindukan teman sebilik sewaktu di Matrik dulu. Tadi baru je lepas sms dengan rumet kat matrik, ada tanya khabar, study macam mana, dan sama-sama rindu ( kami bukan gay ye ).

Walaupon zaman matrik hanya setahun tapi masa tu la sangat hepi kerana ade rakan sebilik yang sangat hapening, sama hobi, lepak same2 dan bole share hampir semua perkara dengan die. Kini berjauhan dan dah lama x jumpa dengan die. Tadi masa sms die ade tanya bile nak datang jalan2 KL ni dan insyaAllah kalau ikut perancangan, Freaky akan ke KL pada hujung Mei ni untuk ketemu dengan die.

Kepada 2 orang rakan sebilikku time matrik, siyes aku rindu korang. Teringin nak g jalan2 bersama, cari kedai makan dan komen masakan, tengok wayang kemudian excited bile ade scene action yang best, sembang2 bengong sket, gelak ketawa, gunting rambut aku, layan lagu same2 dan macam2 lagi.

Setahun di matrik bersama korang memang pengalaman berkawan paling menarik pernah aku alami dalam hidup. Tunggu aku datang KL ye hujung bulan 5 nih.
Comments
4 Comments

4 ulasan:

cik azeya berkata...

rindu kmpp ! :(

ezzyra berkata...

rndu kmns...huhu...siyes rndu...aku 2 thun kt mtrik...lagi la rmai yg aku rndu..hhuh

MiZi berkata...

aku sayang kamu... tapi kita bukan gay.. hak3...

MAI LA MAI LA : Jom Rileks2

Freaky berkata...

cik : rindu kmm

azi : aku rindu sket je

mizi : hak2 adoi mizi

 
Related Posts with Thumbnails