Khamis, 28 April 2011

Politik Jijik !!!

Buka Firefox dan terus ke halaman Facebook. Setibanya di laman Facebook, yang banyak post adalah mengenai rakaman video seks ketua pembangkang part 2. Rupa-rupanya video lucah dah menjadi sesuatu yang umum untuk disebarkan di Malaysia selaku negara yang KONONNYA bergelar negara islam.
http://www.laymark.com/i/o/10.gif

Sungguh dahsyat dan jijik politik di Malaysia sampai rakyat dipengaruhi untuk melakukan penyebaran mengenai klip video seks. Aku tahu aku x layak pon nak kutuk itu dan ini kerana ilmu politik aku sangat jahil dan aku sangat sangat bersyukur kerana tidak diberikan minat untuk mengetahui hal politik jijik yang sedang berlaku sekarang.

Lupekan hal politik yang jijik tu kerana kali ni aku hanya nak sembang kosong je dalam entri ni. Sejak beberapa hari yang lepas, ade seekor kucing warna oren datang bertandang di rumah kolej kediaman aku dan kawan2. Kucing tu sangat sarat perutnya akibat mengandung.

Ape yang aku harap kali ni adalah kucing oreng tu tidak beranak di dalam rumah kerana nanti akan menyusahkan aku dan kawan2 yang terpaksa mencuci darah selepas kucing itu bersalin. Tapi semestinya anak kucing yang baru lahir itu sangat comel dan kiut je dengan mate yang masih terkatup rapat.
http://www.laymark.com/i/o/63.gif

Aku juga risau kerana apabila cuti panjang selama 4 bulan bermula, siapa yang akan bagi makan kepada kucing ini dan anak-anaknya ? aku pon tak tahu macam mana tapi rasanya semuanya akan ok je dan takde ape yang perlu dirisaukan.. Yang terakhir sekali, aku tak tahu kenape aku sembang pasal kucing ni. hahahaha

p/s : Sembang pasal kucing lagi best daripada sembang pasal politik jijik... :)
Comments
2 Comments

2 ulasan:

rafiq berkata...

Malaysia nak tegakkan kebenaran. tapi aibkan orang. aku pun tak reti nak cakap.

kucing takde orang jaga meh aku jaga. pos boleh?

Freaky berkata...

aku pon x tau la bro... haha pos kucing nanti sampai dah mampus

 
Related Posts with Thumbnails